Showing posts with label Egypt. Show all posts
Showing posts with label Egypt. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

[BM] Aku Sayang Kamu

Semalam saya kongsikan gambar di sebelah ini di laman sosial FB & Twitter sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga orang yang saya sayang (the one who is dear to me). Sesiapa yang sempat membacanya, maka anda adalah antara orang-orang yang saya sayangi.

Geli? Janganlah..

Tak ada apa yang perlu rasa geli gelemannya bila saya zahirkan kalimah 'sayang' itu. Perkataan sayang itulah yang mendekatkan antara dua pihak yang berjauhan. Ia mengikatkan dua hati yang berinduan. Ia jugalah penyebab terbentuknya silaturrahim sesama kita.

Tuesday, March 5, 2013

[BM/Video] Ucapan Graduan

Video ini ditayang semasa majlis graduasi kami, 23 Februari 2013. Hasil tungkus lumus sahabat yang buat rakaman & susun atur klip sebagai tayangan umum.

 

Saturday, February 23, 2013

[Eng] We Have Graduated Yeah!

We come with high hopes
Endlessly strives together

Home, we left family and friends
Awhile, but felt forever
Voluntarily, but might unwillingly
Especially when they are the most beloved

Giving our very best
Realizing we’re handling Amanah
Amanah of family, community & Addeen
Dua’ we prayed Almighty
Upon Him we seek guidance
Alhamdulillah for granting our wishes
Things we once dreamt
Ever did we only sought
Did never should stop to hope

Yours truly passing this baton
Encouraging all to work harder
All our beloved juniors
Hope in time we meet again

(written on: 10.30am, 8 February 2012)

Wednesday, January 16, 2013

[Eng] Art of Listen, Respect & Understand

It is a wonderful world indeed. There are a lot of people from different background. We come from various clusters of age, sex, language, race, culture, religion, country, education level, socioeconomic status etc.. In other words, this diversity teaches us rules of listening, respect and understanding.

I am totally an idiot if neglecting these most important key in gaining myself knowledge or even as an human being. So, I'm writing this one to make myself clear.

Tuesday, January 1, 2013

[BM] Di Mana Karya Mu Si Warga Ilmu?

Saya jarang melihat karya penulisan, olahan isu-isu tertentu baik khusus mengenai Islam atau isu umum dari warga Pengajian Islam Zagazig. Sekadar nampak perkongsian di'facebook' ini pun dari status, video mahupun blog-blog milik orang lain.

Sering saya lihat perkongsian warga Sains Kesihatan sahaja yang jelas menuturkan pandangan pemikiran mereka. Suka juga keadaan yang mana ianya tidak dibatasi sikap prejudis terhadap sesuatu Ilmu. Mungkin sebab fenomena sosial mereka tak langsung menghalang fungsi penyampaian maklumat sesama rakan-rakan maya.

Salah saya, mungkin tidak disilatkan tali persahabatan di alam maya ini dengan mereka yang telah penuh menulis di statusnya dengan kalam ilmiah mereka tersendiri. Silap saya juga anti sosial terhadap mereka. Tapi ke mana pula lingkaran perkongsian tersebut pergi jika tidak pula jalinan rakan Facebook yang saya ada itu dikongsikan kembali.

Pada zhan saya, mungkin masing-masing bersikap lebih berhati-hati dalam bertutur mahupun menyampaikan Ilmu. Namun, dari perkongsian mereka di'facebook' ini seakan tidak pula dijaga matan mahupun sanad khabar tersebut.

Monday, December 31, 2012

[BM] Aku.Kritik.Kau

 Maaflah buat sesiapa yang pernah dikritik saya. Agak kurang wajar bagi saya untuk tidak menyuarakan pendapat untuk disampaikan terus ke telinga anda itu, dalam bentuk teks ini sudah tentu ke matamu. Bukan bertujuan menghina, tidak sekali untuk memperkecil-kecilkan anda. Sesiapa yang pernah saya kritik, percayalah, anda antara yang bertuah.

Hebat sangatkah saya ini hingga, saya mewar-warkan kalimah 'bertuah' itu? Jawapan dari saya sendiri adalah tidak.

Takrif bertuah itu saya pulangkan kepada anda yang dikritik saya. Anda tidak rugi. Kritikan yang saya beri, kebiasaannya saya hadirkan bersama jalan alternatif. Tidak sekadar kalam mengkeji dan merendah-rendahkan orang sebagaimana yang biasa anda dengari.

Kerana pada saya, agak rugi apabila saya menyuarakan sesuatu pendapat, sekadar menghina pendengar tanpa mendatangkan manfaat buatnya kemudian.

Monday, December 3, 2012

[BM] Pemililhan Wakil Pelajar Sesi Baru


Memandangkan musim pilihanraya kepimpinan baru untuk persatuan pelajar akan berlangsung untuk waktu terdekat ini. Sukalah saya berharap adik-adik yang selama ini pernah berjuang dalam membantu perjuangan persatuan, kali ini pula berada di barisan hadapan memimpin kesatuan.

Wednesday, November 21, 2012

[BM] Syukur Kau Tolak Aku Kehadapan


Alhamdulillah, sepanjang perjalanan dalam hidup ini, saya diberikan peluang untuk sentiasa bergerak maju kehadapan. Daya bergerak itu pula adalah dengan bantuan daya dari sekeliling saya. Percayalah, jika bukan sebab ada yang tolak saya kehadapan, tidak mungkin mampu saya kekal bergerak maju. Apa kaitan kesan tolak dengan saya yang maju kehadapan?

Segala daya di sekeliling saya

Saya dikelilingi dengan pelbagai 'daya' (force) yang membantu saya hingga kini. Daya-daya ini sama ada:
  • Pimpin (leading)
  • Angkat (lifting)
  • Tujahan (thrusting)
  • Heret (draging)
  • Beban ke bawah (pulling down)
  • Tolak (pushing)
Maaflah jika penjelasan formula saya dari sudut fizik terlalu umum mahupun salah. Tapi benar pada saya, ianya amat membantu untuk saya terus berjalan biarpun perlahan, harapnya biarlah ke arah yang diimpikan, Insyallah.

Tuesday, July 17, 2012

[BM] Bau hangus di kaki kiri

Ditutup sana terdedah sini,
Disoleknya muka lupa pula sikap diri,
Bau hamis tak hilang dengan kasturi,
Hati bak bangkai, patut ditanam mati.

Lupa diri dipuncak nan tinggi,
Lupa juga Kudrat Ilahi,
Tak endah jeritan pinggir kaki,
Yang dikesah pun hanya pesaka diri.

Mana pergi taburan janji,
Kau kata kau pembela sejati,
Tapi dikau yang penyangak jati,
Beringat hanya dengan bayang-bayang sendiri.

Sunday, July 15, 2012

[BM] Asyik-asyik Meniru Saja

"Eleh, macam kau tak pernah meniru je"

Ya memang aku pernah meniru, tapi tak sama dengan debaran yang aku peroleh untuk tunggu hasil keputusan yang aku usaha sendiri. Merasai tekanan perasaan & harapan menggunung memohon pada Ilahi atas natijah yang aku tak pasti.

Ya memang aku pernah meniru, tapi buat apa untuk aku kekalkan meniru utk setiap kali peperiksaan? Alhamdulillah, hasil meniru aku lebih buruk berbanding tidak. Sekurang-kurangnya tiada lagi harapan palsu mengatakan 'tak tiru tak najjah'.

"Ko pandai, senang la cakap"

Saturday, May 19, 2012

[Eng] Happy Teachers Day

Although this post has missed its due date of the mentioned event, but still in the mood of appreciating the one who have thought me during school days. My best wishes & prayers to those who spread the teaching to help developing a humankind brought in this world by God Almighty.

Friday, December 2, 2011

[BM] Masyarakat Islam Rupanya Diajar Menjadi Pemarah

Alhamdulillah dapat peluang untuk pulang ke Malaysia kembali pada cuti semester kali ini. Meskipun keputusan peperiksaan akhir tahun belum lagi keluar. Terpaksa mengambil risiko sekiranya ditakdirkan Allah untuk mengambil peperiksaan ulangan. Moga dapat diteruskan cuti ini hingga tempoh yang dirancang – amin.

Dalam benak hati ini berasa bersyukur dapat pulang ke tanah air tercinta, berjauhan dek hiruk pikuk suara garau sebahagian jiran-jiranku yang bangsa-bangsa Arab Mesir dari pagi hingga ke tengah malam. Sekurang-kurangnya mendapat ketenangan (meskipun sedikit) di rumah sendiri. Apa yang ingin disampaikan dalam entri kali ini, insyallah sekadar renungan diri dan moga dapat dibuka minda bersama.

Apa yang saya lihat membuat saya terfikir seketika, Masyarakat Islam kita rupanya diajar sejak kecil hingga ke tua untuk menjadi seorang pemarah. Apakah yang menyebabkan seseorang itu terdedah dengan pelbagai unsur tertentu sehingga mendidik minda separa sedarnya dan meletakkan pemikiran

Aku perlu marah?

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” (Riwayat oleh Imam Bukhari)

Wednesday, November 9, 2011

[Eng/ Video] Even the American Realize this earlier

 While I browsing between videos on Youtube about funny clips, jokes, conspiracy theories, Illuminati, etc.. I found out this unique message written and made as a cartoon. Even the Americans realize this earlier. Although this is just made in cartoon, but the message is pretty clear about the current problems in most countries. It's one of a series of films made produces by Extension Department of Harding Collage (which I don't even heard of). Cartoon title "Make Mine Freedom".


  The cartoon start with saying that America or similar to any other country (mostly which runs with democracy), each citizen has their own places means the most, any age range, families, workers, races, religions etc. Each have their own rights but in this cartoon, puts everything in sarcastic means criticize almost everything about our country conditions regardless where or what our country are. Watch this then think for a moment.




Tuesday, August 30, 2011

[BM/ Photo] Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kutenung-tenung penjuru langit,
Kutemu jua si bulan Hilal,
Kuberkhayal-khayal sedikit,
Kukenangmu di pagi Syawal.

Berkumpul semua sanak saudara,
Meraikan kemenangan di Syawal mulia,
Ampun Zahir & Batin sembah dipinta,
Dari Mesir hingga ke Malaysia.


~Selamat Hari Raya Aidil Fitri~
Minal Aideen Wal Faizeen

Monday, September 20, 2010

[BM] Pesanan Buat Yang Terlupa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti Akhir Tahun Kita

Cuti akhir tahun hampir/sudah tamat sudah cukup rasanya buat masing-masing melepaskan geram peperiksaan, rindu yang terpendam & bertebaran ke serata tempat meluang masa yang ada dimanfaatkan. Tidak kira bagi sahabat yang pulang ke tanah air, mahupun yang menetap di bumi pengajian masing-masing.

Segala perancangan sebelum cuti (juga semasa peperiksaan berlangsung) cuba dilaksanakan mengisi ruang waktu yang cukup panjang ini. Ada yang sempat pulang berjumpa ayah bonda serta keluarga yang tersayang, ada yang sekadar mengutuskan salam melalui internet & sms sahaja kerana tidak pulang. Saya mendoakan sahabat sekeluarga sihat sejahtera & diberkati dalam naung rahmat Allah S.W.T.
-Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, kirim-kirimlah berita, janganlah senyap sahaja-

Wednesday, June 9, 2010

[Eng] Preparing 4th Year Final Exam

I've passed or should I say I have confronted forensic final round exam & practical exam with ease. Not sure whether this is only what I felt but for me to answer it quite well sure enough to prove it is easy.

I studied it quite last minute, which is 2 and half days for final round & just few hours for practical. But these surely cannot be done during my final exam soon because I don't want any repeat papers.

So, here I go, trying to start my first page for Community Medicine tonight. I have 10 days countdown to complete, comprehend & memorize everything from the book.
Note to Self:
Be confident, do not waste your time for other non-beneficial stuff since you're used more than 2 days to finish multiple movies & series, one after another. Now you should focus reading the topics one after another

Friday, June 4, 2010

[Eng] Path I've Chose

5 days after my last written words (in my black book). Those were about:
1) Genius vs Perspiration
2) Lucky vs Blessed
3) Imagination vs Hallucination
4) Jealousy vs Envy
5) Interest vs Love
6) Pretending vs Truth
7) Friends vs Rivals
8) Cool vs Hot
9) Past vs Present vs Future

Mostly related about my current situation in Egypt. More precise about studying medicine &  as a student in Muslim Country (or rephrase that : as a Muslim Student)

Sunday, November 22, 2009

[Eng] Islam, Anyone?

Invitation To Understanding Islam
www.iLuvislam.com
dihantar oleh : hankypanky
editor : everjihad

HOW MUSLIMS DRESS?

Allah makes a natural covering for all His creatures but not for His best creation: the human being. Instead, Allah tells us why and how we should clothe ourselves. Then Allah leaves us to choose whether to obey.

True Muslims always choose to obey Allah's commands.


The Noble Qur'an says:

“O children of Adam! We have sent clothing to you to cover the shameful parts of your body and to serve as a protection and decoration; but the best clothing is the clothing of piety” [7:26]


Sunday, October 18, 2009

[Photo] Aktiviti Masa Lapang (2008-2009)

Photobucket
Ahli Bait Sahaja (2009)
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Most of the pictures (in this folder) showing of us eating.. Why not? Food excites my taste buds & mood

Aku balik musim panas 2009 


Click here for more


Friday, September 18, 2009

[BM] Ahlan Bikum Wa Marhaban

Selamat Datang, Ahlan Bikum, Welcome,

Khusus buat adik-adik baru yang menjejakkan kaki mereka ke bumi anbia..
Tak sempat nak sambut korang semua kat sana.. Tapi takpe, senior2 yang lain insyallah menyambut korang dengan baik.