Monday, December 31, 2012

[BM] Aku.Kritik.Kau

 Maaflah buat sesiapa yang pernah dikritik saya. Agak kurang wajar bagi saya untuk tidak menyuarakan pendapat untuk disampaikan terus ke telinga anda itu, dalam bentuk teks ini sudah tentu ke matamu. Bukan bertujuan menghina, tidak sekali untuk memperkecil-kecilkan anda. Sesiapa yang pernah saya kritik, percayalah, anda antara yang bertuah.

Hebat sangatkah saya ini hingga, saya mewar-warkan kalimah 'bertuah' itu? Jawapan dari saya sendiri adalah tidak.

Takrif bertuah itu saya pulangkan kepada anda yang dikritik saya. Anda tidak rugi. Kritikan yang saya beri, kebiasaannya saya hadirkan bersama jalan alternatif. Tidak sekadar kalam mengkeji dan merendah-rendahkan orang sebagaimana yang biasa anda dengari.

Kerana pada saya, agak rugi apabila saya menyuarakan sesuatu pendapat, sekadar menghina pendengar tanpa mendatangkan manfaat buatnya kemudian.

Sunday, December 30, 2012

[ENG] A friend who cried

Written by: Haziq Aiman

I once had a friend... who cried on his bed.
During a dark cold night... his tears were shed.
I asked my dear friend... was it me who made you so sad?
It wasn't you o friend... said the man on the bed.

It's just my heart… and it's filled with regret.
Hearing such a claim… questions filled my head.
You’re such a good man… what could you possibly regret?
Wiping the tears off his cheeks… my dear friends, this is what he said.

Friday, December 21, 2012

[BM/Video] Bukan Kerna Nama

Sedang membelek pustaka halwa telinga di laptop, terdengar nyanyian beliau. Terkesan saya bila satu persatu seni kata yang dititip.

Nyanyian: Ramli Sarip & A Romzie 

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Tuesday, December 18, 2012

[BM] Tak terpisah politik dan agama

Politik itu Kehidupan Muslim,
Bermuamalah sesama manusia,
Berkasih-kasihan kepada haiwan,
Memelihara dan memanfaatkan flora,
Menjaga amanah Pencipta.

Dah dinobatkan oleh Raja Yang Maha Esa,
Biarpun disoal Makhluk dari Nur,
Kelak insan jua merosakkan Al-Ard,
Isyarat Tuhan lebih mengetahui,
Kerana fitrah Anak Adam suci.

Friday, December 14, 2012

[Jawi] ڤرچوباءن منوليس دالم جاوي

الحمدلله اخيرڽ ترجومڤا ساتو اڤليكاسي اندرويد ( android) يڠ ممڤو بواتكن ساى مڠولڠكجي قعده ڤنوليسن جاوي اني.

تاك دنافيکن جوݢ برتاڤ كاراتڽ علموساي مڠناءي توليسان يڠ منجادي واريسان اڬونڠ اني. سإڠات ساي كالى تراخير ساي منوليس مڠڬوناكنڽ ڤادا تيڬ تاهون لڤاس. ايتوڤون ماسيح كيكوك.

تاك سوسه ڤون كالاو سوده مميلكي نية اونتك منچوبا. تمبه ڤولا مماڠ اسس ملايو دان عرب اتو ده ادا دالم كوتاك باحسا.

باݢي ڤرمولاءن اني مڠكن باڽق كسيلاڤن دالم إچاءن ايات. تاڤي سمڤاي بيلا كالاو ناك دحرڤكن ڤرلو توليس سمواڽ دڠن بتول؟ ساي تاك ناك واريسان ساي هيلڠ.

چوكوڤ بوات ڤمولاءن ڤروسس اڤليكاسيكنڽ دلمان سساوڠ. لاين هاري ڤولا ساي فيكركن تاجوق خاص اونتوق دبنتڠكن دسيني.

Wednesday, December 12, 2012

[ENG/ Video] Politics to a child

While surfing through Youtube for comedy and of course spending my leisure time, I stumbled upon this video. Its about how kids react to politics. USA presidential election 2012 to be exact. As their country accepts the presidential debate before hand, it also gave some opportunity of the family members to discuss some of the agenda brought up at home. A chance for their children to know, as it is broadcast nationwide.

It's good to know children too aware about politics as they grew up. It shows how they think and how they wanted the country steered with. For a child to be early expose to the importance of leadership & running the country, also will provide the child better information on how to become one.

Monday, December 3, 2012

[BM] Pemililhan Wakil Pelajar Sesi Baru


Memandangkan musim pilihanraya kepimpinan baru untuk persatuan pelajar akan berlangsung untuk waktu terdekat ini. Sukalah saya berharap adik-adik yang selama ini pernah berjuang dalam membantu perjuangan persatuan, kali ini pula berada di barisan hadapan memimpin kesatuan.

[BM] Palestin, Aku Rintih Untuk Mu

Sajak Khas Palestin, oleh Heliza Helmi
[Bicara Selebriti Siri 6, 1 Disember 2012]

Dari mana harus kita mulakan cinta dan kasih
Bagi merawat luka saudara kita yang pedih
Dari jauh kedengaran suara merintih
Ayah-ayah dibunuh disembelih
Ibu-ibu dinoda diperkosa
Anak-anak kecil terbunuh tanpa dosa
Kampung halaman hancur musnah tersungkur
Tanda kemanusiaan insan yang terkubur

Aduhai Palestin
Saban hari kami menatap penderitaan mu
Parut luka lama masih belum sembuh
Kini ia berdarah semakin parah
Airmata tangisanmu tidak mampu kami kesat
Paruh lukamu tidak terdaya kami rawat
Musuh durjana tidak bersungguh kami sekat
Apa hujah kami nanti di akhirat
Jika ditanya apa yang telah kami buat

Masih tergamakkah kita berdiam kaku
Tanpa menghulurkan tangan sedia  membantu
Sedangkan kita masih mampu mengadu
Kepada Tuhan Yang Satu

Ya Allah
Dengarkanlah rintihan ini
Buat saudara yang kami kasihi
Hentikanlah segala kesedihan dan penderitaan
Kami merayu dengan penuh harapan
Hancurkan kezaliman
Musnahkan penindasan
Hantarkan pertolongan
Pasakkan keyakinan
Semoga ianya berakhir dengan kemenangan
Takbir, Takbir, Takbir