Monday, December 26, 2011

[BM] Perbincangan Usul MTC PCZ ke-2


AUDIT PERBENDAHARAAN CAWANGAN PADA PERTENGAHAN PENGGAL SESI

1)      Tujuan:
i)  Dengan lulusnya usul ini, audit menjadi wajib untuk dilaksanakan di peringkat Cawangan Zagazig pada Pertengahan Penggal
ii)  Tujuan untuk timbal-balik segala pengurusan dana & milikan cawangan bagi separuh penggal pertama
iii)  Pelaksanaan separuh penggal memudahkan juruaudit memeriksa perbendaharaan dari sudut jumlah transaksi yang telah terlaksana berbanding pada setiap penutupan akaun akhir sesi pimpinan

Friday, December 2, 2011

[BM] Masyarakat Islam Rupanya Diajar Menjadi Pemarah

Alhamdulillah dapat peluang untuk pulang ke Malaysia kembali pada cuti semester kali ini. Meskipun keputusan peperiksaan akhir tahun belum lagi keluar. Terpaksa mengambil risiko sekiranya ditakdirkan Allah untuk mengambil peperiksaan ulangan. Moga dapat diteruskan cuti ini hingga tempoh yang dirancang – amin.

Dalam benak hati ini berasa bersyukur dapat pulang ke tanah air tercinta, berjauhan dek hiruk pikuk suara garau sebahagian jiran-jiranku yang bangsa-bangsa Arab Mesir dari pagi hingga ke tengah malam. Sekurang-kurangnya mendapat ketenangan (meskipun sedikit) di rumah sendiri. Apa yang ingin disampaikan dalam entri kali ini, insyallah sekadar renungan diri dan moga dapat dibuka minda bersama.

Apa yang saya lihat membuat saya terfikir seketika, Masyarakat Islam kita rupanya diajar sejak kecil hingga ke tua untuk menjadi seorang pemarah. Apakah yang menyebabkan seseorang itu terdedah dengan pelbagai unsur tertentu sehingga mendidik minda separa sedarnya dan meletakkan pemikiran

Aku perlu marah?

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” (Riwayat oleh Imam Bukhari)