Monday, October 15, 2012

[BM] Adat Merungut

Aku merasakan diri aku berada dalam satu komuniti yang amat suka merungut. Ya, SUKA MERUNGUT. Tulisan kali ini juga hasil didikan dan propaganda yang mungkin telah lama diterapkan dalam hati serta minda dari orang-orang di sekeliling aku.

Mungkin kali ini seolah-olah berlaku kontradiksi dengan entri yang lepas. Saban tahun aku tak pernah kisah bila kawan & bukan kawan untuk berkongsi sesuatu. Sama ada cara datang itu memang dirancang, ataupun sambil-sambil ber'kedai kopi'. Cuma sini aku nak bagi tekankan terdapat banyak jurang perbezaan antara "bercerita", "perkongsian", "minta nasihat" & "merungut". Semestinya aku benci yang terakhir itu.

Benci Sifat Bukan Pelaku


Bersyukur juga sebab bukan semua kawan-kawan aku terdiri daripada PERUNGUT. Syukur juga tidak ramai yang akan merungut dalam status FB, Twitter & mana-mana media yang disukai untuk mereka lepaskan. Kalau hari-hari aku terima 'feedback' macam ini, memang sahlah, PERUNGUT jadi salah satu 'ibadah' harian mereka.

Maaflah, aku tidak menyukai perbuatan tersebut. Jangan risau, bagi anda semua (kebetulan membaca entri ini) yang pernah berkongsi 'rungutan' pada aku, anda tidak dibenci 100%. Masih boleh dirunding lagi.

Tak kisahlah kalau anda antara golongan yang tak berasa jengkel apabila orang lain datang mengadap anda dan merungut bermacam-macam tajuk & subtopik yang entah dari mana kaitannya. 'Hukum asal' merungut, aku tak peduli sangat pun, tapi aku amat kisah kalau hari-hari bila berjumpa, rungutan demi rungutan akan hinggap di telinga aku apabila mulut itu berbicara.

Jangan hairan tika itu aku ambil peluang untuk berjauhan, jangan hairan aku menutup telinga (dengan earphone) bila berdekatan. Dan jangan marah pula bila aku membalasnya dengan kritikan pada diri engkau. Nak buat macam mana, hak kebebasan bersuara jika ada, maka mesti juga wujud hak kebebasan untuk mendengar.

Tapi setakat ini, cara mudah bagi aku hadapi perangai macam ini, adalah dengan mengabaikannya. Dan ianya tergolong dalam hak untuk terus berdiam 'the rights to remain silent'. Kalau ini pun nak dijadikan topik rungutan anda pada sesi seterusnya, perkara sama akan aku buat. Namanya silent treatment.

Memilih Untuk Merungut?

Penulisan aku ini, sememangnya sejenis rungutan. Bezanya, ianya tidak memerlukan telinga untuk mendengar. Hanya orang yang sudi baca hingga ke perenggan ini dan habis ke titik noktah akhir.

Penulisan aku ini juga suatu 'rungutan' yang terpilih susun katanya dan mungkin juga isi kandungannya. Aku sendiri akan pilih & fikir perkataan-perkataan yang sesuai dengan tempoh masa yang banyak untuk dibaiki mengikut kesesuaian sebelum diterbitkan.

Beza pula dengan rungutan terus ke telinga yang biasa kau buat itu, hanya celoteh dan leteran panjang tanpa fikiran yang mendalam. Kau lupa 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

Jika aku kaitkan perbuatan itu sebagaimana takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat -
Merungut = bercakap panjang-panjang dgn tidak menentu tujuannya; berleter; bersungut
Apabila sesuatu perbuatan berlaku tanpa tujuan, proses itu sama sekali boleh dikaitkan dengan 'gila', bukan? Aku mungkin silap, tapi tidak kisahlah sama ada maksud gila itu dalam spektrum maksud yang berikut:
  • bebal akal/ kurang siuman kerana penyakit
  • tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja
  • terlalu sangat inginkan sesuatu
  • semakin menjadi-jadi
  • sesuatu yang bukan dari kebiasaan/ tidak normal

Realiti & Persepsi

Tindakkan merungut itu boleh mempengaruhi orang lain. Ini yang menyebabkan manusia mampu mencipta sejarah. Ia satu proses komunikasi antara manusia dengan manusia yang lain. Merungut dengan Tuhan, ianya menjadi satu takrif yang berbeza. Ianya menjadi satu proses penyerahan diri dan mengharap bantuan. Jika takrif sama terlaksana pada manusia, aku pasti, bantuan yang diberikan lebih bersifat berat sebelah sama ada menyokong atau sebaliknya, dan kemudian perungut itu pula berhak mengikut atau menolak.


Yang amat aku risaukan apabila fenomena merungut ini, menjadi rutin harian kelak. Maklumlahkan, sudah biasa mendengar sehingga menjadi adat setempat. 
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Aku amat berharap, apa yang aku 'rasakan' mengenai komuniti suka merungut itu hanya khayalan semata-mata dan ianya terbit atas persepsi dan sikap prejudis diri aku sendiri.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh abang, saya Adi Hazmi.Saya berumur 15 tahun (tingkatan 3).Saya sebenarnya ingin meminta pertolongan dan bantuan daripada abang.Saya sudah lama menginginkan senaskah buku yang bertajuk 'Sejarah Empat Khalifah'.Saya telah lama memasang impian untuk memiliki sebuah buku ini.Sebenarnya saya hendak mempelajari dan mengetahui sejarah tentang Khulfa' Rasyidin.Lagipun, banyak kata-kata mereka yang boleh dijadikan sebagai penaik semangat.Saya memang ingin mengenali mereka.Saya hrap abang dapat membantu saya untuk menghadiahkan/menyedekahkan sebuah buku itu kepada saya.Saya mencadangkan agar abang membeli buku tersebut secara online di http://bukuonline2u.com/index.php?route=product/product&product_id=843 dan masukkan almaat rumah saya sebagai alamat untuk diposkan.Saya sertakan email saya disni agar abang dapat menghubungi saya.abang tolong hantarkan email kepada saya kerana saya tidak tahu email abang, nanti saya bagi lamat saya melalui email.Saya amat berharap agar abang dapat membantu saya.Asssalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. ini email saya adi.hazmi@outlook.com

    ReplyDelete