Terperosok dipinggir sudut
Melangut tengok pasang surut
Lautan manusia tatkala pecut
Tak endah sisi yang sama turut
Tuju apa yang direbut-rebut
Mungkin juga yang disebut-sebut
Entah wujud hati dan perut
Melihat sedetik penunggu sudut
Gigih laju meniti arus
Banyak perlu diselesai sekaligus
Kertas di meja tak putus-putus
Kudratnya hampir separa mampus
Sungguh beban rasa kudus
Mencari nafkah dengan rakus
Untuk siapa segalanya dihunus
Entah sempat dijamah hangus
Lemah gemalai lenggang lenggok
Paling malas pun terbongkok-bongkok
Kerna malas segalanya bengkok
Kau kerling aku tengok
Aku jerkah segera kau dimomok
Pandanganmu sumpah berkecamuk
Bukan salah aku lah bongok
Dek kerana lari dari kena sampuk
Ingat senangkah jadi warga kota?
Kata saja infrastruktur kelas pertama
Masih sahaja generasi ketiga
Tak reti-reti istilah dan bahasa
Masih berada ditakuk lama
Merasa bangga entah sebab apa
Terpekik lolong frasa buta
Entah diri itu faham akan makna
Jangan kau berasa bangga sangat
Apa cukup tafsiran dengan melihat?
Terus menerus kau sangka tergugat
Dek pemikiran tak cukup sifat
Harap luaran sahaja berkilat-kilat
Sayang dalam hitam pekat
Masih lagi nafsi-nafsi terlekat
Lupa amalan kebajikan yang diangkat
Tak mengapa kau tak endah
Silap aku memilih bertadah
Menagih harta bagi yang kisah
Biar pada engkau ianya sampah
Di tanganku ia ada barakah
Tanda syukur ada terlimpah
Rezeki milik Tuan empunya tanah
Tempat berlindung meminta rahmah
Melangut tengok pasang surut
Lautan manusia tatkala pecut
Tak endah sisi yang sama turut
Tuju apa yang direbut-rebut
Mungkin juga yang disebut-sebut
Entah wujud hati dan perut
Melihat sedetik penunggu sudut
Gigih laju meniti arus
Banyak perlu diselesai sekaligus
Kertas di meja tak putus-putus
Kudratnya hampir separa mampus
Sungguh beban rasa kudus
Mencari nafkah dengan rakus
Untuk siapa segalanya dihunus
Entah sempat dijamah hangus
Lemah gemalai lenggang lenggok
Paling malas pun terbongkok-bongkok
Kerna malas segalanya bengkok
Kau kerling aku tengok
Aku jerkah segera kau dimomok
Pandanganmu sumpah berkecamuk
Bukan salah aku lah bongok
Dek kerana lari dari kena sampuk
Ingat senangkah jadi warga kota?
Kata saja infrastruktur kelas pertama
Masih sahaja generasi ketiga
Tak reti-reti istilah dan bahasa
Masih berada ditakuk lama
Merasa bangga entah sebab apa
Terpekik lolong frasa buta
Entah diri itu faham akan makna
Jangan kau berasa bangga sangat
Apa cukup tafsiran dengan melihat?
Terus menerus kau sangka tergugat
Dek pemikiran tak cukup sifat
Harap luaran sahaja berkilat-kilat
Sayang dalam hitam pekat
Masih lagi nafsi-nafsi terlekat
Lupa amalan kebajikan yang diangkat
Tak mengapa kau tak endah
Silap aku memilih bertadah
Menagih harta bagi yang kisah
Biar pada engkau ianya sampah
Di tanganku ia ada barakah
Tanda syukur ada terlimpah
Rezeki milik Tuan empunya tanah
Tempat berlindung meminta rahmah
=)
ReplyDelete