Tempohari, tiba-tiba teringin membaca karya tulisan sendiri dalam blog ini. Gara-gara penangan dari beberapa peristiwa yang mempertikaikan tahap rasional serta unsur seni dalam kotak minda (akan aku huraikan ini kemudian nanti)
Pukulan Pertama
Wujud selepas hadir ke Mesyuarat/Perjumpaan pertama 'Kelab Membaca Zagazig'. Mereka ini bergerak sebagai perpustakaan maya dan perantara warga Malaysia di Zagazig untuk saling bertukar dan meminjam buku. Perjumpaan tersebut sebagai mengukuhkan sesama ahli kelab serta meluaskan lagi takrif dan keindahan membaca itu sendiri.
Sedangkan tujuan datang, sekadar nak dapatkan manfaat perbincangan, diberinya (baca: disuruh) pula slot untuk menyampaikan ucapan, selepas 2 susuk hebat pengasas kelab tersebut memberikan ucapan pembukaan. Sungguh, bukan aku jadi orang yang layak untuk beri kalam tajdid semangat membaca, apatah juga untuk dinamakan ianya sebagai sebuah amanat seorang senior.
Hebatnya perbincangan mereka dengan kata-kata dan cadangan penuh aspirasi serta pandangan masing-masing. Ada juga mencadangkan tajuk-tajuk buku dan nama penulis-penulis yang hebat sebagai perkongsian pengalaman nikmat membaca mereka serta perbincangan isi bagi menjayakan program 'Monthly Gathering' mereka nanti. Bengkak juga bila terkena pada diri. Tak rugi aku turut serta perkumpulan itu.
Jelas bagi aku, meskipun minat berkongsi pendapat, tapi, bahan serta sumber rujukan mahupun bacaan yang aku ada terhad dalam ruang lingkup media sosial dan beberapa daripada program forum, perbincangan awam sahaja. Saya tak memiliki koleksi buku hasil karyawan dan tokoh-tokoh pemikir agung. Mungkin satu dua, itupun belum pernah faham isinya. Yang ada, koleksi buku yang ringkas dan ringan pembacaannya sahaja.
Pukulan Kedua
Habis sudah peperiksaan akhir tahun, membuatkan aku rasa kosong. Komik, Facebook, Twitter dan Video meskipun rutin harian, tetap akhirnya rasa kosong. Aku bukan jenis terima sesuatu secara satu hala. Saya perlukan hubungan dua hala untuk biarkan otak tak karat dan beku. Nak dibincangkan pula di Facebook dan Twitter? Sekadar pukul curi sahaja.
Perbincangan harian pula sekadar isu-isu hangat timbul di akhbar (hangat dengan: Felda, Lynas, Royalti, Amanat, PRU13, Kalimah Allah, Kebangkitan Rakyat). Ini pun kebanyakkannya mengulas dengan pandangan serba tahu diambil dari media sedia ada. Perkara yang aku sudah tahu dan hampir bosan mendengarnya.
Ziarah rumah ke rumah satu cara nak keluar dari kekosongan itu. Asalnya sekadar mahu bertemu muka, tanyakan khabar peperiksaan bagi yang belum selesai. Hasilnya, wujud satu perbincangan luar kerangka 'hangat' yang biasa dengar. Seronok bagi aku sendiri dan juga yang sama berbincang. Satu tafsiran dan olahan baru bagi isu tertentu. Maaf tak dapat kongsikannya di sini. Biarlah kesannya pada aku dan responder sahaja yang tahu.
Pukulan Ketiga
Di waktu lapang ini juga, diberi peluang oleh beberapa junior meminta pandangan dan nasihat secara terus. Sekali lagi, aku bukannya orang yang paling layak dalam memberikannya. Sekadar bagi aku, ianya pengalaman sendiri untuk disesuaikan bagi mereka yang mendengarnya.
Aku mungkin berhujah dengan isi yang idealistik. Sukar untuk direalisasikan dalam konteks tertentu. Atau mungkin aku bicara dengan pandangan yang amat pelik. Tak macam boleh mahupun senang digunakan bagi individu itu. Di akhirnya, ianya mungkin menjadi sekadar bebelan yang berulang kali terungkap.
Aku cakap tak selancar aku menulis. Banyak sangkut dan sasul. Banyak juga salah penggunaan ayat mahupun konteks ucapan. Satu fenomena segan sebagai seorang yang bercakap tapi tak laksanakan apa yang diungkapkannya, mungkin juga. Sebab itu juga jelas, beza aku di alam maya dengan selepas bersua muka.
Pukulan Keempat
Aku bakal bergelar Doktor Perubatan tak lama nanti. Moga-moga hasil peperiksaan yang lepas tidak menghampakan diri dan orang yang sama mengharap. Waktu kosong inilah yang buka mata dan minda untuk fikir sejenak mengenai profesyen ini.
"Cukupkah apa yang selama ini aku pelajari?"
"Ingat sudah segala topik penting untuk setiap cabang dalamnya?"
"Bersediakah dengan suasana bekerjaya nanti?"
Seorang sahabat aku berkongsi cerita pengalamannya sendiri dalam jurusan ini. Dia seorang Doktor Pelatih yang baru sahaja dipanggil berkhidmat. Nampak keluh kesah yang dia hadapi dalam tempoh awal bertatihnya. Dalam hati, "aku nanti mungkin lagi teruk kena dari dia". Sesiapa pun kalau dengar cerita seorang HO yang mula berkerja, mesti perkara sama yang berlaku walau sumber cerita berbeza. Ini yang buat aku risau tak menentu.
Mungkin aku hanya ambil yang negatif sahaja, dan abaikan cerita indah pengalaman para doktor menceritakan hal HO mereka. Aku perlu berita buruk itu sampai lebih awal. Aku ingin tahu apa yang perlu aku tahu.
Hasilnya
Timbul keinginan untuk sengaja baca balik apa tulisan yang pernah aku kongsi dalam blog sendiri. Aku nak tahu, apa perbezaan aku waktu aku sedang risau ini, berbanding aku yang dulu sewaktu berada dalam ruang selesa.
Aku sendiri kehairanan dan terpegun seketika. Aku tak sangka aku pernah tulis sesuatu yang memberi nasihat untuk aku sekarang ini. Ada juga yang aku sendiri tak faham konsep tulisan sendiri waktu dulu itu. Ini bukan masuk bakul angkat sendiri. Cuma, aku seolah-olah rasa, bukan aku yang karang itu dan ini. Dari apa yang aku amati, tulisan-tulisan itu semua dikarang dalam perkongsian pengalaman sewaktu ianya dirasai. Mujur ianya jadi satu pengabdian perasaan untuk dirasai kembali.
Amatlah aku harap, aku yang sekarang ini risau, memberikan aku peluang dan ruang kesedaran lebih awal. Nota untuk 'Aku Masa Hadapan', jika terbaca balik, tulisan ini, kenanglah seketika, bahawa kerisauan itu penting untuk memperbaharui dan memperbaiki diri menjadi lebih hebat.

Amat benarlah ilmu itu dari Allah, dan ianya juga akan kembali kepadaNya.
No comments:
Post a Comment