Saturday, January 23, 2016

[BM] Review: Demi Masa

Demi Masa Demi Masa by Zulkifli Mohamad Al-Bakri
My rating: 4 of 5 stars

Al-Asr
Surah 3 ayat mudah dilazimi dan amat besar isi kandungannya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Benarlah hakikat manusia itu dalam kerugian apabila masanya itu tidak dimanfaatkan.

Dek kerana itu menjadi tanggungjawab orang-orang yang beriman dalam menasihati antara satu sama lain mengenai hakikat kebenaran Allah SWT serta menyemai kesabaran dalam menunaikan ibadah kepada-Nya.

Buku ini ringkas dan padat bagi memotivasikan diri mengenggam erat dan memanfaatkan masa bagi keuntungan akhirat.

Khas buat orang terlupa, seperti saya

View all my reviews

Sunday, January 17, 2016

[BM] Review: Sunnah vs. Bid’ah

Sunnah vs. Bid’ah Sunnah vs. Bid’ah by Yusuf al-Qaradawi - يوسف القرضاوي
My rating: 4 of 5 stars

Memahami fenomena membid'ahkan orang lain, dengan memahami erti sebenar bid'ah dari pandangan syarak.

Penulisan syeikh membuka luas pemahaman awam erti menghidupkan Sunnah yang sebenar, serta menyekat kesilapan awam yang membesar-besarkan bid'ah.

Karangan syeikh ini adalah bagi menjawab penulisan artikel dalam majalah di Doha bertajuk: "Larangan terhadap bid'ah dan bencikan pembaharuan? Apakah ia pendirian Islan ataupun Jahiliyah?"

Moga penulisan terjemahan ini dapat memberi penjelasan buat kita semua dalam menghadapi isu Sunnah vs Bid'ah

View all my reviews

Sunday, January 10, 2016

[BM] Review: Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)

Aku Terima Nikahnya [Edisi Istimewa] Aku Terima Nikahnya [Edisi Istimewa] by Hasrizal Abdul Jamil
My rating: 5 of 5 stars
View all my Goodreads reviews

Perkahwinan itu merupakan pengembaraan hidup yang penuh suka duka, liku luka, senyum tawa pasangan & keseluruhan ahli keluarganya.

Persediaannya bermula sejak akil baligh, malah berterusan sepanjang melayari bahtera baitul muslim itu sendiri.

Buku kompilasi trilogi hasil Ustaz Hasrizal ini, menutur zikir kepada sang anak teruna & dara yang kemudiannya menjadi sang suami & isteri dan kemudiannya menjadi sang abi & ummi. Zikirnya memperingatkan diri mendekati keredhaan Zat Yang Maha Mencipta.

Saya sarankan ia menjadi bacaan umum bagi yang ingin mendirikan rumah tangga mahupun yang sedang mengemudi bahtera perkahwinan ini. Mudah-mudahan, mengingatkan kita fungsi diri dalam institusi kekeluargaan.