Wednesday, February 26, 2014

[BM] Kepala, Tangan & Kaki

Berpijaklah di alam nyata
Jangan asyik di awangan mimpi
Dek leka dengan apungan khayal
Yang kau lapar didikir orang

Perap habis kau punya modal
Hasil bukan dari keringatmu sendiri
Puas tangan perahnya marhaen
Dek kemudian kau beraya sakan

Thursday, February 6, 2014

[BM] Review: Khomeinisma: Keganjilan Pada Pegangan & Pendirian

khomenisma keganjilan aada pegangan dan pendiriankhomenisma keganjilan pada pegangan dan pendirian by Muhammad Zuhairi Bin Zainal Abidin
My rating: 4 of 5 stars

Dalam kemelut 'politik mazhab' Dunia Islam kini, ramai yang sangsi akan kebenaran pegangan Agama Suci dek kerana punca pergaduhan Sunni-Syiah.

Lebih malang apabila ada yang mengatakan 2 'mazhab' ini seharusnya bergabung melawan golongan kuffar. Namun, hakikatnya pemahaman cetek sebahagian Ummat Islam terhadap isu Syiah, mengakibatkan kezaliman & pembohongan mereka dikaburi dek kalam 'hak asasi'.

Buku ini sekurang-kurangnya memperjelaskan secara ringkas isu Khomeinisma & pegangan syiah serta bagaimana mereka melihat kedudukan Aqidah & hukum-hakam dalam beragama.

Meskipun terbitan ini terhad, hanya di Bumi Mesir & kalangan penuntut Malaysia, diharap ulang terbitan yang seterusnya dapat menembusi pasaran di Malaysia bagi berdepan dengan isu Syiah Malaysia yang semakin terzahir

View all my reviews