Tuesday, April 16, 2019

[BM] Konsep Ikhtiar Yang Disalah Ertikan


Sering menjadi masalah dalam merawat masyarakat Melayu Malaysia. 

Seringkali membawa alasan Qada' & Qadar, tetapi menolak ikhtiar zahiriah (baca: Fizikal) dan memilih perawatan batin semata-mata.

Terdetiknya penceritaan ini, kerana melibatkan seorang anak yang mengalami perihal kegagalan fungsi jantung akibat penyakit saluran jantung berlubang (Kesan pada badan mengakibatkan percampuran 2 aliran darah dijantung yang mengakibatkan oksigen dalam darah tidak mencukupi). Keluarga memilih untuk merawat secara tradisional, secara bedah batin.

Apabila seseorang yang ditimpa musibah atau penyakit, mereka merupakan golongan Vulnarable (Mudah terdedah dengan Risiko Bahaya). Terutamanya jika mereka pergi berubat (baca: mendapatkan rawatan) dengan individu yang bukan Ahli dalam rawatan tersebut. 

Ramai jadi begini apabila berdalilkan testimonial. 

Jawapan ini kerap digunakan melawan bukti Zahiri (baca: Fizikal). Maka berlaku penolakan rawatan berkepakaran bidang perubatan & pembedahan yang berkaitan.


Sedihnya, bila dikatakan jampi-jampian, bedah batin ianya seratus peratus Perubatan Islam. Mereka tidak berfikir & menilai rawatan moden yang zahiriah (baca: Fizikal) ini juga dikira sebahagian daripada ikhtiar mendapatkan rawatan yang dituntut dalam Islam.



Masyarakat Melayu Malaysia ini masih ditakuk lama (baca: bodoh/jahil) dan tidak meniliti pendapat pakar dalam bidangnya.

Masih tercetus lagi pemikiran mereka yang 'ujian darah' itu merupakan 'ujikaji' terhadap pesakit. Sedangkan mereka keliru bahawa rawatan jampi-jampian kosong itu, sebenar merupakan sebuah ujikaji kerana kesannya tidak pasti.

Saya sendiri tidak pernah menafikan konsep beriman dengan perkara ghaib. Sekiranya atas izin Allah, baharulah kedua-dua jenis rawatan zahiriah atau batiniah ini berkesan. Harus diingatkan, konsep Sunnatullah itu sendiri jelas dapat dilihat berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Hadis.

Sunnatullah bermaksud 'kebiasaan atau cara Allah dalam mengatur alam dunia'. Sejak alam ini diciptakan, Allah SWT telah menentukan hukum-hukumnya, sehingga alam bertingkah laku sesuai dengan hukum yang ditetapkan-Nya tersebut. Tunduk dan patuhnya alam terhadap hukum yang ditetapkan Allah SWT tersebut diterangkan di dalam Al-Quran surah an-Nahl ayat 17,

"Dan Dia menundukkan malam dan siang , matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami (nya).”
(QS an-Nahl [16]: 17).

Berikhtiarlah dengan cara yang betul.