Wednesday, March 18, 2020

[BM] TAK PERLU

Sedih saya apabila kita dilanda wabak, masih lagi ada di kalangan kita yang menyebarkan berita tidak betul. Tidak diketahui sumbernya disebarkan lagi meluas. lebih sedih lagi apabila setiap arahan yang dikeluarkan, lagi ditegah lagi dibuat.

Sekarang fitnah naik atas nama agama pula (Baik Islam, Kristian, Hindu) kerana mass gathering upacara keagamaan mereka.

Pihak berautoriti hal langkah pencegahan & maklumat terkini penyakit COVID19, sepatutnya hanya melalui kementerian kesihatan (myhealthkkm, page KKM sendiri, Public Health Malaysia) ataupun melalui Ketua Pengarah Kesihatan (Hisham Abdullah).

Manakala pihak yang berautoriti memberikan arahan kawalan pergerakan adalah sepenuhnya Kerajaan Malaysia.

Tak perlu kongsi maklumat yang tidak melalui pihak berautoriti, hanya kerana kau nak share/like paling tinggi.
Tak perlu ingkar arahan, hanya kerana kau berdegil nak balik kampung.
Tak perlu ulas cerca arahan tersebut kerana kau seorang rasa kau betul & tiada yang lebih betul.
Tak perlu ditambah arahan tersebut kerana kau rasa kau lebih mengetahui & kau rasa kau layak jadi pemerintahan.

Lebih-lebih lagi,
Tak perlu dikaitkan dengan POLITIK KEPARTIAN pun kerana ini hal keselamatan negara.

Semua tindakan ini masih boleh berlaku semasa PM INTRIM sekali pun, kerana semua kementerian masih berfungsi seperti biasa TERUTAMANYA KKM yang senantiasa bekerja keras (baik diperingkat pentadbiran mahupun pelaksanaan).

Sama-sama kita bekerjasama untuk berusaha keras menyampaikan maklumat yang betul, kerana bukan semua masyarakat di luar sana ada "Friend" dengan seorang Doktor/Jururawat/MA/PPK yang berada di frontliner.

Masyarakat tidak tahu situasi sebenar, ada juga yang tidak maklum jelas hanya disebabkan banyak terbaca di Newsfeed mereka hal-hal fitnah & kecaman sana-sini yang berleluasa.

Berlaku adil & jangan berlaku zalim.
Berbuat baik & tinggalkan yang buruk.
Berikanlah khabar gembira & bukan sebarkan fitnah mahupun cerca.

"Segalanya di hujung jari, jangankan asbab ke Neraka kerana dosa berpunca dari jari yang tidak berpandukan akal"


Saturday, March 14, 2020

[BM] Bawang & Scammer

Sudah Ku katakan,
Air Bawang Putih TIDAK mengubati penyakit virus corona ni pun.
Ini termasuklah lengkuas, halia, serai yang kau sebut konon Air Detox bagai tu semua.

Janganlah over claim.
Jom fikir logik.

Mesej tular itu mendakwa bahawa penggunaan 8 ulas bawang putih : dimasak dangan 7 cawan air (lingkungan 1.75liter) boleh MENYEMBUHKAN penyakit Coronovirus.

Kita masak sup/kari/singgang/sambal pakai berapa ulas Bawang Putih?
3-4 ulas ; 500ml-1 liter cecair. Lagi pekat dari ramuan yang over claim tu.
Sejak turun temurun mak, tok nenek, moyang munyit kita masak guna nisbah ini.

Mujurlah kau tanya abang yang biasa masak ni, boleh la aku beritahu kebiasaan cara masakan di Malaysia kita.

Sekarang,
Bagi tahu saya, negara mana paling banyak gunapakai Bawang Putih dalam masakan yang betul-betul terselamat & tidak langsung dijangkiti wabak corona?

Jangan lepas ini, keluar statement kegagalan sembuh penyakit corona dengan air mujarab kau sebut tadi, nak kaitkan khasiat Bawang Putih tercemar apabila dimasak bersama bahan-bahan lain pula.

Kita apabila berdepan dengan hal-hal Perubatan biarlah tanya kepada Pakar.

Sekiranya ada yang mendakwa seperti kenyataan di atas (bawang putih etc), bawakan ke mata dunia Pakar Kaji Herba yang ada pengkhususan Bawang Putih yang membuktikan bahawa Jangkitan Coronovirus pada manusia dapat disembuhkan dengan ramuan tadi.

Pakar kalau bercakap, takkan orang nak sangkal.
Kau yang claim, tak kan aku nak buktikan pula.

Di waktu dugaan Allah berikan kepada kita ini, biarlah kita usaha keras ke arah mardhatillah.

Melakukan langkah-langkah pencegahan Lillahi Taala,
Menyiasat saring & Merawat Lillahi Taala,
Menyampaikan maklumat benar Lillahi Taala,

Teruskan amalan doa berdoa mencegah dhar & doa cegah penyakit wabak yang diajar kepada kita. Ini kerana asbab apabila kita amalkan doa ini, kita bertindak bersama utk usaha cegah. Allah beri petunjuk ke arah PENCEGAHAN & PENYEMBUHAN.


#GengBawang
#AntiScammer
#IqraBismiRabbikallaziKholaq
#UsahaDoaTawakal
#LakiPunPandaiMasak
#Tiber