Tuesday, September 11, 2012

[BM] Aku Si Gagal

"Sungguh melayu pantang dicabar. Pantang lagi bila dikutuk dikeji." Ehem, dah selalu sangat dengar ayat ini, tapi, jauh-jauh boleh kot cakap macam ini, bila dekat-dekat takut juga. Sekadar intro untuk entri kali ini. Insyallah berkait dengan kejayaan kita di muka bumi Allah ini.

Siapa tak benci bila diberi gelaran yang kita tidak suka. Macam-macam gelaran boleh kita 'terima'. Hodoh, muka buruk, pemalas, sombong, dengki, lembab, kuat merajuk, katak, penguin, tikus, pendek, gemuk, boroi apa lagi nak? Tapi boleh lagi kita beri toleransi untuk sebahagian perkataan tadi, mungkin atas sebab 'menghampiri' sifat yang ada pada diri. Saya tekankan perkataan "sebahagian", biar jelas.

Bagaimana pula jika 'sifat' yang terpalit pada kita itu adalah kerana satu kegagalan yang kita hadapi?
"Woi, budak gagal"
"Ek eleh, dapat E, ko tengok aku, A siot"
"Dah terhantuk baru nak tergadah, baru padan muka kau"

Pantang sungguh bila diri digelar 'si gagal' oleh orang lain. Mau tidaknya, bukan hari-hari kita gagal. Entah-entah untuk isu itu hanya sekali sahaja kita rasai. Jadi, buat apa perlu saya hairankan kalau mendapat sekali dua kegagalan dalam mata pelajaran sebagai contoh. Adakah ianya merangkumi kegagalan diri saya sendiri dalam seluruh kehidupan?

Gelarkan diri sendiri 'si gagal'

Jika setiap kegagalan yang saya rasai, saya memperbesarkan cerita mengenainya, banyak perkara saya tak akan dapat kuasai. Hanya sebab gagal membuka pintu dengan satu kunci, saya terus kecewa dan tak mahu keluar/masuk rumah. Hanya kerana internet down saya terus berhenti main Facebook & Twitter (ye ke?!). Satu stage dalam game saya tak dapat bolosi, terus tukar game lain, eh tidak, tukar console lain.


Hairan ya, bila sesuatu yang kita seronok hadapi, tak pernah kita rasai kegagalannya. Ke ada yang emosi sebab zip baju tersangkut terus emo dan tak nak pakai baju selama-lamanya? Zip baju tersangkut pun satu kegagalan jugakan? Kegagalan kita untuk teruskan usaha membetulkan kesilapan, jika dibiarkan terus gagal. Kalau semua hal ini saya gagal laksanakan dengan baik (tak semestinya sempurna), maka hidup saya gagal. Adakah ini suatu konklusi dalam hidup seorang manusia yang normal?

Kuasai kegagalan dengan 'Cubaan'

Ingat filem 'Pendekar Bujang Lapok' babak baca mantera yang merepek tu? Cobaan...
Tolak tepilah sketsa khurafat 'mantera mambang' yang disebut tu. Apa yang baik dalam babak itu nak dikaitkan dengan cubaan yang kita hadapi ialah, kalau asyik cakap 'ini dugaan, ini cubaan, ini bala yang menimpa' tanpa ada usaha selepas itu, maka kita akan ulangi 'Cobaan' yang sama hingga selesai.

Jangan salahkan semuanya pada takdir, kerana kita mencabar kuasa Allah SWT. Kita lupa ayat Allah di dalam Surah Al-Ankabut:
29:2

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

29:3
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Semakin tinggi darjat dugaan yang menimpanya, dan kemudia dia bersabar, nescaya dalam keadaan 'kemurungan' yang dia hadapai ketika itu, Allah angkat darjatnya menghampiri Diri-Nya Yang Maha Agung atas sifat sabar yang ditunjukkan.
47:31
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
Akulah apa yang kufikirkan

Zaman sekolah saya dulu, saya selalu dengar lagu "Jika Kau Fikir Kau Boleh" berkumandang di televisyen dan radio. Seronok sebab zaman itu, Dr Mahathir terapkan cogan kata 'Malaysia Boleh' dan impaknya pada suasana sekitaran saya cukup jelas. Di sebalik putaran lagu ini, Malaysia dapat bina Bangunan Kembar Petronas, Sukan Komenwel, Inflasi Sifar, daki Gunung Everest dan lain-lain.

Bukan nak puji sangat pun bekas Perdana Menteri ini, tapi pada saya layak beliau digelar Bapa Pemodenan atas usaha beliau mengubah pemikiran Rakyat Malaysia pada ketika itu. Bila ada saja kegagalan di sekolah, mesti ada kawan yang akan nyanyikan pada saya lagu ini. Tak ada pun nak berlagak memanjang atas pencapaian yang mereka dapat.

Buat apa nak tunjuk lagak pada orang atas keupayaan yang kita sendiri dapat? Pencapaian itu adalah milik kita yang tentukan berbaloi atau tidak. Ingat juga ianya atas ketentuan Ilahi. Jika standard kita terlalu tinggi, maka, biar dapat 'beribu-ribu lemon' (lama tak guna ayat ni) pencapaian terbaik, tak akan diri sendiri ini hargai.

Jika usaha telah kita garapkan sebaik mungkin, hinggakan pada mata orang lain dapat mereka rasakan, "Uish, ini bukan kau kalau dapat gagal ni" maka, bersyukurlah, Allah beri peluang pada kita untuk jadi diri sendiri. Allah bagi peluang untuk sedar siapa diri kita di sisiNya.

Apa yang perlu aku buat sekarang?

Biar sembilan kali jatuh, kita tetap akan berdiri untuk kali yang ke sepuluh. Labelkan diri anda gagal, maka label itu kekal milik anda. Orang lain tak akan tahu anda pernah gagal biar berkali-kali pun, asalkan anda terus berdiri dan maju kehadapan. Labelkan diri anda gagal dan selama mana anda mampu mengenang kembali memori lampau, selagi itu 'Kegagalan' akan terus menghantui kita.

Fikir kembali apa peluang yang telah Allah berikan pada kita. Ya, memang 'Barang yang lepas jangan dikenang', tapi selidik dan renungkan kegagalan untuk perbaiki diri kelak. Hilangkan punca yang memungkinkan kitaran itu berulang untuk kali yang seterusnya. Untuk setiap kali gagal, kita akan tahu cara yang betul untuk laksanakan sesuatu. Jadi apa yang ruginya jika dapat ketahui cara terbaik untuk diri kita sendiri?
3:159

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Ali Imran :159)
Buang sifat prasangka dalam diri bahawa kegagalan itu punca dari orang lain. Salahkan diri sendiri sebabnya, kita lebih tahu tentang diri kita, kekuatan kita, kelemahan kita. 24 jam sehari 7 hari seminggu dengan diri sendiri, jangankan sebab kentut sendiri busuk kita salahkan orang lain.

Betul ke apa yang aku buat sekarang ini?

Sebagai manusia biasa, kita tak berkuasa untuk tentukan apa yang akan berlaku pada diri. Itu semua ketentuan Allah SWT. Apa yang mampu kita buat hanyalah berusaha sebaik mungkin kerana Allah yang Sebaik-baik Perancang.
3:54

Dan orang-orang itupun merancangkan dan Allah jua merancang dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang Perancang. (Ali Imran:54)

No comments:

Post a Comment