Saturday, March 8, 2014

[BM] Santuni Bumi

Tumbuh beribu tahun,
Musnah sekelip mata,
Punca rakus beracun,
Lapar segala harta,
Hilang bunga & pohon,
Ganti besi & bata,
Berebut kawasan & zon,
Semua hendak mem'beta',
Tinggal doa memohon,
Untuk anak-anak kita,
Dapat redup dedaun,
Merasai nikmat Pencipta,
اللهم اجعلنا التائبون
قبل جاء الموتَ

Tuesday, March 4, 2014

[BM] Review: Teori Kaunseling Al-Ghazali


Teori Kaunseling Al-Ghazali
Teori Kaunseling Al-Ghazali by Yatimah Sarmani

My rating: 3 of 5 stars



Kaunseling lebih praktikal jika dijiwai dengan adat & budaya masyarakat setempat. Namun, lebih banyak model kaunseling ditulis & dijadikan rujukan bersumberkan dari Barat.

Perkembangan umat Nabi Muhammad SAW berkembang bersama ilmu, dan ilmu tersebut bersangkutan dengan mencari keredhaan Ilahi. Justeru, keterlibatan kaunseling gaya Islam sudah tentu terangkum dalam salah satu cabang hidup manusia yang perlukan dorongan & bimbingan.

Buku ini mengulas kepentingan penerapan nilai Islam sebagai cara hidup & aspek penting dalam mengendalikan sesi bimbingan bagi kumpulan sasar beragama Islam. Ia merujuk dengan teknik Al-Ghazali antara pelopor generasi falsafah Muslim terawal mengulas isu keperibadian manusia dalam kitab Ihya Ulumuddin karangannya.

Ini mengingatkan kita bahawa tidak semestinya kebergantungan ilmu hanya dari pandangan sekular, kerana mengislamkan karya ilmu itu sendiri harus selari dengan kehendak agama, bukan kehendak nafsu.

Moga buku ini membuka pandangan & fikiran ahli pembimbing (daie) yang mahukan terbaik buat kliennya (mad'uu) dalam mengacu proses kaunseling gaya Islam.



View all my reviews