Thursday, December 30, 2010

[BM] Usul & Mekanisma Pelaksanaan (MTC PCZ)

Matan usul & beberapa cadangan mekanisma pelaksanaannya..
Penjelasan bagi usul ini akan diperkemaskini dari semasa ke semasa sebelum dibentangkan pada 1 Januari 2011 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan Zagazig


1)      PERSATUAN SEBAGAI UNIVERSITI PENJANA GRADUAN KOMPETEN
* pada asalnya memiliki 3 matan usul yang berbeza dan dirangkumkan dalam matan di atas

a)      Memperkasa usaha pembentukan kecemerlangan akademik ahli
o   Tumpuan kepada faktor-faktor menggugat kecemerlangan:
§  Ponteng tanpa sebab berturut-turut atau secara berkala melebihi daripada 8-10 hari dalam 30 hari dari hari pertama
§  Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan pertengahan tahun (<50% markah keseluruhan dalam ujian)  dan/atau peperiksaan akhir tahun (
§  Mengulang peperiksaan dan/atau mengulang tahun
§  Memiliki masalah tekanan mental dan/atau emosi (ie: kemurungan, dsb)  kesan daripada persekitaran (ie: keluarga, sahabat, kuliah, dsb) individu terlibat
o   Mekanisma pembentukan:
§  Mengesan ahli yang memiliki faktor-faktor menggugat kecemerlangan
§  Pelaksanaan Unit Kaunseling , Sistem Buddies atau melalui individu yang difikirkan sesuai dalam menasihati ahli yang terlibat
§  Memperkasa sistem tutorial/ perbincangan dalam kumpulan sesama ahli
§  Mengumpul tenaga pengajar dari kalangan ahli & bahan pengajian yang berkaitan

b)      Menjana & mengoptimum sumber tenaga manusia
o   Penjanaan sumber tenaga manusia:
§  Mengesan bakat dan kemahiran ahli dalam pelbagai aspek (Smart Circle, Program)
§  Melatih ahli dalam bidang kepimpinan (khasnya) dan aspek-aspek yang lain melalui program berkaitan
o   Penggunaan optimum sumber tenaga manusia:
§  Menyerap ahli sebagai ahli jawatankuasa pelaksana program atau pengisi dalam program
§  Tidak melibatkan ahli yang sama memegang jawatan taklifan yang sama daripada senarai ahli jawatankuasa pelaksana program
§  Mengetengahkan bakat kemahiran tangan (kraf) ahli dalam meluaskan kemahiran tersebut, menjana sumber kewangan persatuan atau program kebajikan
§  Sasaran keterlibatan individu secara purata dalam semua program persatuan dalam jangka masa satu sesi  adalah sebanyak 60% (keterlibatan: sebagai AJK Pelaksana atau peserta program)

c)       Program pendedahan awal berkaitan profesyen pengajian masing-masing
o   Penerangan awal terhadap peluang kerjaya profesyen pengajian masing-masing
o   Penerapan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan profesyen pengajian masing-masing
o   Kerjasama antara:
                                                                     I.            Dua profesyen pengajian utama di Universiti Zagazig iaitu Bidang Perubatan dan Farmasi
                                                                   II.            Dua cabang ilmu iaitu Sains Kesihatan & Pengajian Islam

2)      PELAKSANAAN PROGRAM HASIL IDEA MELALUI HEIRARKI

a)      Definisi Heirarki: cadangan ahli melalui AJK PCZ (unit berkaitan) hingga peringkat tertinggi dalam PCZ
b)      Mempertimbangkan cadangan ahli dalam pelaksanaan program baru atau memantapkan program lama
c)       Perbincangan telus bersama, sebelum menerima atau menolak cadangan
o   Mekanisma pelaksanaan program baru:
§  Perbincangan pertama: ahli bersama AJK unit berkaitan
v  Objektif program
v  Mekanisma pelaksanaan program (draf awal)
§  Perbincangan kedua: cadangan AJK unit dalam mesyuarat Jawatankuasa PCZ
v  Pertimbangan Kebaikan & Keburukan program
v  Perhalusi mekanisma pelaksanaan program
§  Natijah:
v  Jika diterima:
·         penyusunan jawatankuasa pelaksana (kertas kerja)
·         Jawatankuasa perlaksanaan  program melibatkan ahli yang mengikuti perbincangan & AJKT berkaitan supaya pemahaman tujuan serta pelaksanaan program yang berkesan
v  Jika ditolak:
·         sama ada ditolak 100% atau ditunda
·         berserta penjelasan yang munasabah
o   Mekanisma memantapkan program lama:
                                                                    I)            Rekod muhasabah program lepas daripada:
v  AJK pelaksana dalam unit berkaitan
v  Jemputan dan peserta program
                                                                  II)            Penyertaan Ex-officio atau AJK pelaksana yang lepas, dalam jawatankuasa pelaksana yang baru
v  Penerangan muhasabah program lepas dalam bentuk lisan atau bertulis
v  Memantapkan gerak kerja AJK pelaksana yang baru



P/S: sebarang cadagan penambahbaikan penjelasan usul ini boleh terus maklumkan pada saya di :
-YM: (removed)
-Email: (removed)

No comments:

Post a Comment