Wednesday, March 18, 2020

[BM] TAK PERLU

Sedih saya apabila kita dilanda wabak, masih lagi ada di kalangan kita yang menyebarkan berita tidak betul. Tidak diketahui sumbernya disebarkan lagi meluas. lebih sedih lagi apabila setiap arahan yang dikeluarkan, lagi ditegah lagi dibuat.

Sekarang fitnah naik atas nama agama pula (Baik Islam, Kristian, Hindu) kerana mass gathering upacara keagamaan mereka.

Pihak berautoriti hal langkah pencegahan & maklumat terkini penyakit COVID19, sepatutnya hanya melalui kementerian kesihatan (myhealthkkm, page KKM sendiri, Public Health Malaysia) ataupun melalui Ketua Pengarah Kesihatan (Hisham Abdullah).

Manakala pihak yang berautoriti memberikan arahan kawalan pergerakan adalah sepenuhnya Kerajaan Malaysia.

Tak perlu kongsi maklumat yang tidak melalui pihak berautoriti, hanya kerana kau nak share/like paling tinggi.
Tak perlu ingkar arahan, hanya kerana kau berdegil nak balik kampung.
Tak perlu ulas cerca arahan tersebut kerana kau seorang rasa kau betul & tiada yang lebih betul.
Tak perlu ditambah arahan tersebut kerana kau rasa kau lebih mengetahui & kau rasa kau layak jadi pemerintahan.

Lebih-lebih lagi,
Tak perlu dikaitkan dengan POLITIK KEPARTIAN pun kerana ini hal keselamatan negara.

Semua tindakan ini masih boleh berlaku semasa PM INTRIM sekali pun, kerana semua kementerian masih berfungsi seperti biasa TERUTAMANYA KKM yang senantiasa bekerja keras (baik diperingkat pentadbiran mahupun pelaksanaan).

Sama-sama kita bekerjasama untuk berusaha keras menyampaikan maklumat yang betul, kerana bukan semua masyarakat di luar sana ada "Friend" dengan seorang Doktor/Jururawat/MA/PPK yang berada di frontliner.

Masyarakat tidak tahu situasi sebenar, ada juga yang tidak maklum jelas hanya disebabkan banyak terbaca di Newsfeed mereka hal-hal fitnah & kecaman sana-sini yang berleluasa.

Berlaku adil & jangan berlaku zalim.
Berbuat baik & tinggalkan yang buruk.
Berikanlah khabar gembira & bukan sebarkan fitnah mahupun cerca.

"Segalanya di hujung jari, jangankan asbab ke Neraka kerana dosa berpunca dari jari yang tidak berpandukan akal"


No comments:

Post a Comment