Aku Terima Nikahnya [Edisi Istimewa] by Hasrizal Abdul Jamil
My rating: 5 of 5 stars
View all my Goodreads reviews
Perkahwinan itu merupakan pengembaraan hidup yang penuh suka duka, liku luka, senyum tawa pasangan & keseluruhan ahli keluarganya.
Persediaannya bermula sejak akil baligh, malah berterusan sepanjang melayari bahtera baitul muslim itu sendiri.
Buku kompilasi trilogi hasil Ustaz Hasrizal ini, menutur zikir kepada sang anak teruna & dara yang kemudiannya menjadi sang suami & isteri dan kemudiannya menjadi sang abi & ummi. Zikirnya memperingatkan diri mendekati keredhaan Zat Yang Maha Mencipta.
Saya sarankan ia menjadi bacaan umum bagi yang ingin mendirikan rumah tangga mahupun yang sedang mengemudi bahtera perkahwinan ini. Mudah-mudahan, mengingatkan kita fungsi diri dalam institusi kekeluargaan.
Buku ini mungkin antara yang paling lama untuk aku habiskan pembacaan. Bukan kerana pembacaan yang lambat, tetapi mungkin dek alasan tiada masa untuk diluangkan membacanya. Sekali sekala buku ini dibelek baca, mesti topiknya terkena pada batang hidung sendiri. Tambahan buku ini digabung tiga jilid menjadi satu naskhah.
Memulakan pembacaannya jilid awalnya pula semasa di penghujung tahun kedua kuliah perubatan 2008. Memang kemuncak populariti "Aku Terima Nikahnya". Lebih-lebih lagi dikalangan pemuda-pemudi yang sudah memikirkan hal mendirikan rumah tangga.
Sekali sekala terserempak dengan jilid kedua sambungan coretan Ustaz Hasrizal yang berkisarkan kandungan orang-orang yang sudah berumah tangga. Saya katakan sekali sekala disini, kerana kelihatan buku tersebut di rumah-rumah sahabat di Mesir. Bagi mereka, sudahpun menjadi peminat setia jilid satu, masakan tidak mencari sambungannya bukan? Tatkala membelek buku tersebut tika masih zaman bujang itu, pasti ada sindiran manis dari sahabat-sahabat berkaitan dengan Baitul Muslim. Aku hanya mampu menyahutnya dengan senyuman sahaja.
Setibanya pulang tamat pengajian dari Mesir Mac 2013, di ruang pamer kedai buku di Kulim, Kedah, terdetik untuk memiliki naskhah trilogi ini. Sedikit demi sedikit dibelek kembali dari permulaannya hari ke hari. Boleh dikatakan penceritaanya hampir menyoroti perkembangan yang aku alami tiap kali dibacanya.
Alhamdulillah, kalimat terukir di dada buku ini, membuka perspektif yang lebih meluas bagi memahami bahtera perkahwinan menuju ke Syurga Hakiki Ilahi. Moga nasihat yang diberitakan membentuk Keluarga Misthali ke jalan diredhai Allah SWT.
Ya, buku ini saya sarankan khas pada sahabat yang sedang mencari teman, bakal mendirikan mahupun sedang mendirikan rumahtangga.

No comments:
Post a Comment