Tuesday, December 18, 2012

[BM] Tak terpisah politik dan agama

Politik itu Kehidupan Muslim,
Bermuamalah sesama manusia,
Berkasih-kasihan kepada haiwan,
Memelihara dan memanfaatkan flora,
Menjaga amanah Pencipta.

Dah dinobatkan oleh Raja Yang Maha Esa,
Biarpun disoal Makhluk dari Nur,
Kelak insan jua merosakkan Al-Ard,
Isyarat Tuhan lebih mengetahui,
Kerana fitrah Anak Adam suci.



Kemuliaan diangkat sudah ,
Arahan tunduk hormat terlaksana,
Kisah yang sama disuratkan dalam Al-Furqan,
Wujud seteru abadi hingga Hari Pengadilan,
Menyesatkan manusia janjinya direstui.

Turun temurun salah silahnya,
Beratur para nabi serta rasul,
Mesej pimpinan menuju Ilahi,
Memacukan Insan yang sering lupa,
Dek jahil kerana nafsu.

Baginda Muhammad SAW penutupnya,
Diganti sahabat dan tabiin,
Mata rantai berhubung kait,
Al-Quran dan As-Sunnah pusaka hakiki,
Mengingatkan ummat daripada leka.

Apa erti politik disudut akalmu,
Kerna telah jelas dalam Surah dan Sirah,
Untuk kita buktikan kekhalifahan insan,
Usah pernah ia kotor dan keji,
Yang rosakkan hanya si munafik agama,

No comments:

Post a Comment