Maaflah buat sesiapa yang pernah dikritik saya. Agak kurang wajar bagi saya untuk tidak menyuarakan pendapat untuk disampaikan terus ke telinga anda itu, dalam bentuk teks ini sudah tentu ke matamu. Bukan bertujuan menghina, tidak sekali untuk memperkecil-kecilkan anda. Sesiapa yang pernah saya kritik, percayalah, anda antara yang bertuah.
Hebat sangatkah saya ini hingga, saya mewar-warkan kalimah 'bertuah' itu? Jawapan dari saya sendiri adalah tidak.
Takrif bertuah itu saya pulangkan kepada anda yang dikritik saya. Anda tidak rugi. Kritikan yang saya beri, kebiasaannya saya hadirkan bersama jalan alternatif. Tidak sekadar kalam mengkeji dan merendah-rendahkan orang sebagaimana yang biasa anda dengari.
Kerana pada saya, agak rugi apabila saya menyuarakan sesuatu pendapat, sekadar menghina pendengar tanpa mendatangkan manfaat buatnya kemudian.
AKU
Sesiapa yang kenal saya, tahu mungkin apabila saya mula mengkritik, ianya tajam dan menusuk.
Duri dalam dagingkah saya ini? Mungkin.
Jika tak pernah dikeluarkan duri tersebut, selama itu ianya menyengat. Campak jauhlah saya, asingkan diri dari saya. Namun pabila bertemu, harap anda teringat apa yang disampaikan.Cukup buat saya, dengan harapan kesannya itu sahaja yang mengubah anda.
Maaflah saya tidak menjaga perasaan anda yang terguris. Tidak saya tahu apa tertanamnya bekas kritikan tersebut kepada anda. Tak sensatif langsung!
Pada saya biarkan sahaja. Lebih baik anda yang berubah berbanding ribuan yang menyumpah atas perkara yang saya kritik itu. Tak nafi kesalahan itu ada. Kita bukan maksum. Malah saya juga tidak, sekadar hamba Allah yang sayangkan orang-orang sekeliling saya.
Jelas pada saya, jika sesiapa yang belum pernah dikritik saya, anda juga bertuah pada zhan saya. Pada mata saya, anda belum membuat sesuatu yang merunsingkan minda serta hati saya. Mungkin anda memang orang yang hebat atau saya yang silap terlepas pandang. Harap jualah bukan anda yang tidak pernah saya pandang.
KRITIK
Ingatlah, itu adalah metod saya dalam berbicara mengenai fe'elmu. Andai anda jenis tak jemu dipuji dan dipersembahkan segala macam penipuan, harap maaflah, tidak sering akan anda dapat dari saya melainkan dibelakang sahaja.
Saya mungkin berdiam apabila ada khilaf darimu. Saya mungkin keluar dari kelompok perbincangan itu. Saya mungkin balas kata-kata itu dengan harapan, ianya suatu perbincangan. Baik untuk kita bersama. Namun, jika antonasi diri ini berubah, saya hanya berharap ianya sekadar tenggelam dipeti suara sahaja takut bukan saya yang menyampaikan kalam itu.
Sesiapa jua tak terkecuali, asalkan tutur bahasa kita sama mahupun difahami. Lawan atau kawan, saudara mahupun orang asing buat diri saya, jika kudrat itu ada, saya sampaikan. Jika tidak, ianya pedoman buat diri untuk cuba tidak diulangi dalam jasad yang memerhati.
KAU
Buat sesiapa yang saya pernah kritik,
Jangan pernah berhenti untuk bersuara. Datangkan fakta mahupun pemahaman anda terhadap sesuatu. Teruskan bersama kita berbincang. Anda berhujah, saya sama berhujah. Agar hasilnya itu kita bulatkan yang baik jadi tauladan, yang salah jadikan sempadan.
Jangan juga berhenti pula menyapa. Saya juga perlu dikritik. Saya juga perlu dihisab. Saya juga perlu disayangi kembali. Selagi telinga ini fungsinya untuk mendengar, dan akal ini masih boleh berfikir. Berikan saya peluang sama rata sama adil untuk dikritik kembali.
Andai perbezaan, kita raikan saja. Khilaf itu suatu nikmat. Nikmat fikiran dan pandangan. Apa yang saya sampaikan hanya apa yang saya rasai dengan pancaindera yang dianugerahkan Ilahi. Juga anda miliki sama, namun kenikmatannya berbeza. Hadirkanlah ia kembali kepada saya apa yang pernah anda rasa, hasil dari kritikan saya yang pernah terkena.

=)
ReplyDelete