[BM] Asyik-asyik Meniru Saja
"Eleh, macam kau tak pernah meniru je"
Ya memang aku pernah meniru, tapi tak sama dengan debaran yang aku
peroleh untuk tunggu hasil keputusan yang aku usaha sendiri. Merasai
tekanan perasaan & harapan menggunung memohon pada Ilahi atas
natijah yang aku tak pasti.
Ya memang aku pernah meniru, tapi
buat apa untuk aku kekalkan meniru utk setiap kali peperiksaan? Alhamdulillah,
hasil meniru aku lebih buruk berbanding tidak. Sekurang-kurangnya tiada lagi harapan palsu mengatakan 'tak tiru tak najjah'.
"Ko pandai, senang la cakap"
Pandai atau tidak, melibatkan hasil pada usaha kita sendiri, kalau dah meniru, nampak sangatlah bodohnya orang yg cakap tu. Sayang pula, bila dah tahu bodoh, tak pandai pula nak meniru usaha orang lain untuk memajukan diri sendiri :P
Untuk sahabat yang diberi peluang kedua untuk dur thani (peperiksaan ulangan) ni, tingkatkan usaha anda dalam bentuk amali & rohani:
1) seandainya anda pernah meniru, yakinlah ianya bukan bentuk usaha yg
baik kerana matlamat tidak menghalalkan cara & Allah telahpun
memberi anda peluang merasai kegagalan dgn cara itu
2) seandainya pada anda, usaha anda berikan itulah pada kudratnya, yakin jugalah, Allah tak akan uji anda jika anda tidak mampu
3) seandainya anda 'percaya' yg ada pihak ingin menggagalkan anda dlm
peperiksaan yg lepas, tak perlu salahkan sesiapa, kerana Kuasa Qada'
& Qadar milik Allah, jika pernah anda menyalahkan orang lain, mohon
istighfar atas sesuatu yg kita terlupa
Ingatlah juga, usaha
anda penuhi di bulan ramadhan ini, merupakan ibadah (jika diniatkan
Lillahi Ta3ala) yg Allah lipat gandakan manfaat & pahalanya, rebut
peluang amalan sunat dan jangan pula dijadikan alasan kesusahan anda utk
belajar
Fikirkanlah, dengan meniru Allah bagi peluang anda utk lulus, Di mana pendirian anda?
1) Bodoh sangat ke aku ni sampai perlu tiru dalam exam untuk lulus?
2) Aku berusaha belajar dan akhirnya aku jawab dengan meniru
3) Aku tiru baru boleh lulus, kawan-kawanku yang bertungkus lumus, majoritinya tersangkut tapi aku lepas, bangga seh
4) Suka hati aku la nak tiru ke tak, dah Allah bagi aku lulus, rezeki aku (istidraj tak terlintas di hati ke??)
No comments:
Post a Comment