Maaflah buat sesiapa yang pernah dikritik saya. Agak kurang wajar bagi saya untuk tidak menyuarakan pendapat untuk disampaikan terus ke telinga anda itu, dalam bentuk teks ini sudah tentu ke matamu. Bukan bertujuan menghina, tidak sekali untuk memperkecil-kecilkan anda. Sesiapa yang pernah saya kritik, percayalah, anda antara yang bertuah.
Hebat sangatkah saya ini hingga, saya mewar-warkan kalimah 'bertuah' itu? Jawapan dari saya sendiri adalah tidak.
Takrif bertuah itu saya pulangkan kepada anda yang dikritik saya. Anda tidak rugi. Kritikan yang saya beri, kebiasaannya saya hadirkan bersama jalan alternatif. Tidak sekadar kalam mengkeji dan merendah-rendahkan orang sebagaimana yang biasa anda dengari.
Kerana pada saya, agak rugi apabila saya menyuarakan sesuatu pendapat, sekadar menghina pendengar tanpa mendatangkan manfaat buatnya kemudian.