Wednesday, January 23, 2008

[BM/ Eng] Experiment

Betul ke cara aku study baru-baru ni?

Aku tengah buat eksperimen study tengah-tengah malam. Dengan syarat aku masuk tidur 6.30pm (Maghrib di Mesir 5.20pm). Kemudian aku bangun pukul 10.30pm. Tapi ada juga beberapa kekangan kalau masuk tidur awal ni. Kalau shift aku masak pada malam tu @ ada program kat DPMZ. Kesannya, aku akan ngantuk @ mula pening & sakit kepala.



Aku ubah juga time dinner aku lepas aku bangun tidur. Kiranya makan malam aku (biologicallly) tak ganggu pun sebab proses pencernaan 2-3 jam (ye ke?). Jadi, dalam 3-4 jam ni aku stay-up untuk study. Sejauh mana keberkesanannya? Aku dah boleh cover (almost all) topik aku belajar. The best part is that, at midnight, it is very peacefully quiet. Boleh juga buat solat malam.

Mana dapat idea ni? Aku observe Faiz Mashor & Shafiq Paridin (sorry ar bubuh nama korang) tahun lepas. diorang ni pulun gila-gila (12am-6pm berjaga sahaja). Seorang lagi Syed Hazran, dia pun study late night (tak tau la dia tidur dulu baru bangun @ terus je sampai tengah malam). Dia kata dulu dia study macam ni atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan (dia kata macam tu). So, why not give it a try?

I've heard that (if not mistaken) :
Rasullullah bangun 1/3 malam untuk beribadah, kemudian tidur baki 1/6 malam sebelum masuk waktu subuh..
Although I may not do exactly the same as the Prophet SAW does, but, I did what I could. Ni antara usaha aku untuk cemerlang bagi 2nd year ni. Aku nak balik Malaysia tahun ni. So, nak manfaatkan study aku, supaya tak kacau summer holiday aku.
Ya Allah, Engkau ikhlaskanlah hati hambaMu ini dalam segala perkara yang dilakukannya. Engkau peringatkanlah diriku ini untuk melakukan amal soleh diniatkan لالله تعالى

Jadikanlah aku hamba yang berilmu yang memanfaatkannya. Jangan Engkau jadikan aku hamba yang jahil dalam segala urusan
امين يا ربّ العالمين

No comments:

Post a Comment