Seboleh-bolehnya kita cuba menjaga otak kita kerana ia akan digunakan sehingga kita mati. Jangka hayat manusia yang dianggarkan 60-70 tahun (bergantung kepada socio-ekonomi & kawasan penempatan seseorang). Maka, dalam tempoh ini kita cuba elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kerosakan kepadanya supaya dapat digunakan seoptimum mungkin
There is still a long way to go for me to acquire knowledge & wisdom from other people.
Sunday, May 29, 2011
[BM] 10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak
Tags
Quote
Tuesday, May 24, 2011
Saturday, May 7, 2011
[BM] Hikmah berdakwah dalam kondisi mahasiswa
Satu artikel yang saya fikirkan elok untuk dikongsikan bersama, yang saya petik dari blog ini
Sering kali kita mendengar orang mengatakan hendaklah berdakwah dengan cara berhikmah. Firman Allah yang bermaksud : “ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(al-Nahl, ayat 125)
Ayat ini mengandungi petunjuk bagi para rasul dan pendakwah bagaimana cara menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis itu. Para pendakwah akan menghadapi pelbagai golongan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai.
Friday, March 11, 2011
[BM] Don't defies others
Jangan Nafikan Hak Orang Lain ,Khamis, 10 Mac 2011 21:00 | Muhammad Syukri Bin Mansor
taken from: IluvIslam
taken from: IluvIslam
Sunday, February 27, 2011
[BM] Hidupkan Istilah ‘Wang Pembayar Cukai’ Dalam Media
by: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
taken from: http://drmaza.com/home/?p=1369
Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.
Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
Tuesday, February 8, 2011
[BM] Solat itu Buang Masa? : Tahu solat vs Tak Tahu
Untuk anda sahabat-sahabat yang setia mengikuti kembara Gentarasa – saya ketengahkan satu tulisan untuk dijadikan bahan fikir dan zikir – solat pada pandangan bukan Islam dan orang Islam sendiri. Marilah membacanya dengan nama Allah…
SOLAT ITU BUANG MASA?
“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.
Saturday, January 1, 2011
[BM] Islam Menuntut Kecemerlangan
Sempena azam tahun baru, baik Hijriyyah mahupun Masihi, saya muat naik satu artikel dari ILuvIslam mengenai petua pelajar cemerlang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, di dalam lembaran Al-Quran.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, di dalam lembaran Al-Quran.
Thursday, December 30, 2010
[BM] Usul & Mekanisma Pelaksanaan (MTC PCZ)
Matan usul & beberapa cadangan mekanisma pelaksanaannya..
Penjelasan bagi usul ini akan diperkemaskini dari semasa ke semasa sebelum dibentangkan pada 1 Januari 2011 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan Zagazig
Penjelasan bagi usul ini akan diperkemaskini dari semasa ke semasa sebelum dibentangkan pada 1 Januari 2011 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan Zagazig
Tuesday, October 19, 2010
[Eng] Old Nostalgic Stuffs
While I was cleaning up my drawer, I saw these few things which brought back my old memories around my good ol'school days
I never could understand, why people would wishes and kept reminding me that I'm getting older and older, year by year.. Usually I won't have to worry about it, since i never got any wishes/letters/cards apart from my family.. But that time, for some reason, there were some people who kept track of my birth date, surely supprise me (and freaked) out a bit... Even I didn't care about my own..
I never could understand, why people would wishes and kept reminding me that I'm getting older and older, year by year.. Usually I won't have to worry about it, since i never got any wishes/letters/cards apart from my family.. But that time, for some reason, there were some people who kept track of my birth date, surely supprise me (and freaked) out a bit... Even I didn't care about my own..
Monday, September 20, 2010
[BM] Pesanan Buat Yang Terlupa
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cuti Akhir Tahun Kita
Cuti akhir tahun
hampir/sudah tamat sudah cukup rasanya buat masing-masing melepaskan geram peperiksaan, rindu yang terpendam & bertebaran ke serata tempat meluang masa yang ada dimanfaatkan. Tidak kira bagi sahabat yang pulang ke tanah air, mahupun yang menetap di bumi pengajian masing-masing.Segala perancangan sebelum cuti (juga semasa peperiksaan berlangsung) cuba dilaksanakan mengisi ruang waktu yang cukup panjang ini. Ada yang sempat pulang berjumpa ayah bonda serta keluarga yang tersayang, ada yang sekadar mengutuskan salam melalui internet & sms sahaja kerana tidak pulang. Saya mendoakan sahabat sekeluarga sihat sejahtera & diberkati dalam naung rahmat Allah S.W.T.
-Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, kirim-kirimlah berita, janganlah senyap sahaja-
Subscribe to:
Posts (Atom)
