Takkan kusetuju lilin sebagai kiasan
Katanya baktimu korbankan diri,
Masaku dahulu kau telah beri kesan,
Generasi baru kau jua yang memberi.
Katanya baktimu korbankan diri,
Masaku dahulu kau telah beri kesan,
Generasi baru kau jua yang memberi.
Andai lilin itu ibarat dikau,
Butalah jelata bila dipadamkan,
Andai itu sahaja fungsi dikau,
Tiada erti jika tak dibakarkan.
Butalah jelata bila dipadamkan,
Andai itu sahaja fungsi dikau,
Tiada erti jika tak dibakarkan.
Suka Kukiaskan kau suatu unsur,
Baktimu umpama sungai mengalir,
Hadirmu sebagai suatu penyubur,
Baktimu hulu hingga ke hilir.
Baktimu umpama sungai mengalir,
Hadirmu sebagai suatu penyubur,
Baktimu hulu hingga ke hilir.
Kau tembusi celahan kayu & batu,
Semua halangan satu persatu dirasai,
Gugur daun kau pimpin bantu,
Biar jauh tempat destinasi.
Mungkin benar kau dikotori,
Dek saliran nan sentiasa berubah,
Itupun kau masih berdikari,
Manfaat keperluan yang makin bertambah.
Dek saliran nan sentiasa berubah,
Itupun kau masih berdikari,
Manfaat keperluan yang makin bertambah.
Tanpa air kontanglah bumi,
Habis rekah pecah dan mati,
Bukti dikau yang pupuk kami,
Tumbuh mekar sedia berbakti.
Habis rekah pecah dan mati,
Bukti dikau yang pupuk kami,
Tumbuh mekar sedia berbakti.
Cukuplah lilin sebagai kiasan,
Kesedaran inilah bukti kejayaan,
Engkaulah penyubur wawasan,
Moga dibalas sumbangan & kepayahan.
Kesedaran inilah bukti kejayaan,
Engkaulah penyubur wawasan,
Moga dibalas sumbangan & kepayahan.
Kalau dahulu bebanmu sarat,
Kelak dipermudahkankan ujianmu,
Moga ilmu manfaat saham akhirat,
Syurga Allah kudoakan buatmu.
Kelak dipermudahkankan ujianmu,
Moga ilmu manfaat saham akhirat,
Syurga Allah kudoakan buatmu.
*Khas ditujukan buat Para Guru SKTKP, SMKSJ, KMNS, PLKN Benum Hill Resort, IKIP & ZGU
~Selamat Hari Guru~
No comments:
Post a Comment