Denyut Kasih Medik by Farhan Hadi Mohd Taib
My rating: 4 of 5 stars
Sebuah coretan yang baik oleh penulis. Pendedahan awal buat bakal doktor muslim mengenai kerjaya mereka di Malaysia kelak.
Perkongsian menarik mengenai Sunnah & hukum-hakam mengenai perubatan serta isu-isu berkait dengan masyarakat kita di Malaysia mengenai akidah, pengubatan, amar makruf nahi mungkar, wanita & kekeluargaan.
Tolak tepi isu watak utama terlalu sempurna, kerana itu yang setiap muslim dituntut mencapai yang terbaik dalam urusan keduniaan & untuk akhirat.
Saya cadangkan juga buat sahabat bukan Islam andai juga meminati novel melayu & kerjaya kedoktoran.
View all my reviews
No comments:
Post a Comment