Cakap memang senang bila mengingatkan orang lain dengan kalimah "Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar".
Ramai di antara kita mampu menjalan suruhan kebaikan, namun sering lupa pada frasa kedua iaitu mencegah kemungkaran. Lebih-lebih lagi yang melakukannya sahabat sendiri.
Meletakkan perbezaan darjat pada hukum samalah dengan rasis. Ya, salah dari penggunaan perkataan di situ. Boleh juga disamakan dengan dasar apartheid atau sistem kasta, terpulang bagi mana-mana yang sesuai disebut. Yang jelas, kita tidak berlaku adil dalam pelaksanaan.
Jika kita mampu menegur dan menegah orang lain dengan kuasa sedia ada, kenapa tidak pada rakan sendiri?
"Seganlah dengan dia, dah lama kawan dengannya, baik orangnya. Kali ini sahaja dia buat salah, tak apa kot?"
"Eh, aku tak naklah sebab tegur dia, persahabatan kami putus".
Seakan-akan terlalu sayang sangat, dibiarkan saja dia ke Neraka.
Pukulan ini untuk aku. Kalau kau pun terasa kena tampar, padan muka.

No comments:
Post a Comment