Saturday, August 16, 2014

[Eng] Unfortunate

The ability to listen, see & speak
Of a man who has bestowed by God
Shouldn't he uses his might useful

The unfortunate has long adapted
They struggles to prove themselves
Teaches all that powerless is evitable

Haven't we been deaf far too long
Claim unaware the cries of suffered
While we enjoying overly paid concertos

Haven't we been blind far too long
Claim unnoticed the blood pools
While we enjoying cutthroat cables

Aren't we been mute far too long
Claim unable demonstrate democracy
While we are backstabbing gruesomely

Yup, so called self unfortunate
Self pity proclaiming ineffectiveness
Stop doing that, you are an embarrassment

The deaf still able to intercepts
The blind still able to navigates
The mute still able to communicates

And I envy them all.

Saturday, August 9, 2014

[BM] KURNIA

Tatkala meniti dingin pagi
Menyusuri kalimat menyinsing
Terjah silau nur nikmat Ilahi
Bibit-bibit deria kelihatan hening

Tatkala sedar akan ia rapuh
Bayangi kilauan potret sang hamba
Hadapi hari-hari semakin ampuh
Tanpa gusar mahupun damba

Wednesday, June 25, 2014

[BM] Memuliakan Kerjayamu


Bukan aspek kerjaya itu sendiri menjadikan diri itu mulia, tetapi sosok tubuh itu memuliakan kerjaya tersebut. Sesiapa boleh mengambil gelaran jawatan itu, namun, kekalkah kemuliaan itu andai akhlak tiada bersama.

Saturday, June 21, 2014

[BM] Review: Fikah Perubatan


Fikah Perubatan
Fikah Perubatan by Harmy Mohd Yusoff

My rating: 4 of 5 stars



Penjelasan ringkas beserta dalil bagi menyokong taqlid hukum bertepatan dengan orang perseorangan.

Kita ingin melaksanakan ibadat meski dengan rukhsah, bukan memberatkan ibadat hingga memilih untuk mengabaikan.

Buku ini saya cadangkan juga buat para pengamal perubatan supaya cakna hukum-hakam supaya pelaksanaan kerja menjadi ibadat lillahi taala.



View all my reviews

Saturday, May 31, 2014

[BM] Lu Pikirlah Sendiri

Woi melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Warga bangla pula menjadi JaGa,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?

Saturday, March 8, 2014

[BM] Santuni Bumi

Tumbuh beribu tahun,
Musnah sekelip mata,
Punca rakus beracun,
Lapar segala harta,
Hilang bunga & pohon,
Ganti besi & bata,
Berebut kawasan & zon,
Semua hendak mem'beta',
Tinggal doa memohon,
Untuk anak-anak kita,
Dapat redup dedaun,
Merasai nikmat Pencipta,
اللهم اجعلنا التائبون
قبل جاء الموتَ

Tuesday, March 4, 2014

[BM] Review: Teori Kaunseling Al-Ghazali


Teori Kaunseling Al-Ghazali
Teori Kaunseling Al-Ghazali by Yatimah Sarmani

My rating: 3 of 5 stars



Kaunseling lebih praktikal jika dijiwai dengan adat & budaya masyarakat setempat. Namun, lebih banyak model kaunseling ditulis & dijadikan rujukan bersumberkan dari Barat.

Perkembangan umat Nabi Muhammad SAW berkembang bersama ilmu, dan ilmu tersebut bersangkutan dengan mencari keredhaan Ilahi. Justeru, keterlibatan kaunseling gaya Islam sudah tentu terangkum dalam salah satu cabang hidup manusia yang perlukan dorongan & bimbingan.

Buku ini mengulas kepentingan penerapan nilai Islam sebagai cara hidup & aspek penting dalam mengendalikan sesi bimbingan bagi kumpulan sasar beragama Islam. Ia merujuk dengan teknik Al-Ghazali antara pelopor generasi falsafah Muslim terawal mengulas isu keperibadian manusia dalam kitab Ihya Ulumuddin karangannya.

Ini mengingatkan kita bahawa tidak semestinya kebergantungan ilmu hanya dari pandangan sekular, kerana mengislamkan karya ilmu itu sendiri harus selari dengan kehendak agama, bukan kehendak nafsu.

Moga buku ini membuka pandangan & fikiran ahli pembimbing (daie) yang mahukan terbaik buat kliennya (mad'uu) dalam mengacu proses kaunseling gaya Islam.



View all my reviews

Wednesday, February 26, 2014

[BM] Kepala, Tangan & Kaki

Berpijaklah di alam nyata
Jangan asyik di awangan mimpi
Dek leka dengan apungan khayal
Yang kau lapar didikir orang

Perap habis kau punya modal
Hasil bukan dari keringatmu sendiri
Puas tangan perahnya marhaen
Dek kemudian kau beraya sakan

Thursday, February 6, 2014

[BM] Review: Khomeinisma: Keganjilan Pada Pegangan & Pendirian

khomenisma keganjilan aada pegangan dan pendiriankhomenisma keganjilan pada pegangan dan pendirian by Muhammad Zuhairi Bin Zainal Abidin
My rating: 4 of 5 stars

Dalam kemelut 'politik mazhab' Dunia Islam kini, ramai yang sangsi akan kebenaran pegangan Agama Suci dek kerana punca pergaduhan Sunni-Syiah.

Lebih malang apabila ada yang mengatakan 2 'mazhab' ini seharusnya bergabung melawan golongan kuffar. Namun, hakikatnya pemahaman cetek sebahagian Ummat Islam terhadap isu Syiah, mengakibatkan kezaliman & pembohongan mereka dikaburi dek kalam 'hak asasi'.

Buku ini sekurang-kurangnya memperjelaskan secara ringkas isu Khomeinisma & pegangan syiah serta bagaimana mereka melihat kedudukan Aqidah & hukum-hakam dalam beragama.

Meskipun terbitan ini terhad, hanya di Bumi Mesir & kalangan penuntut Malaysia, diharap ulang terbitan yang seterusnya dapat menembusi pasaran di Malaysia bagi berdepan dengan isu Syiah Malaysia yang semakin terzahir

View all my reviews

Sunday, January 19, 2014

[Eng] We are the taste of harmony


What's the point of quarreling between us citizen in terms of diversity & opinions?
 If none could tolerate any of this, go some where else-lah.
We are Malaysians.
We live in a perfect balance of taste & features.
Just like our own favorites dish..
MEE GORENG MAMAK (now comes with  1Malaysia Brand)