Saturday, May 31, 2014

[BM] Lu Pikirlah Sendiri

Woi melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Warga bangla pula menjadi JaGa,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?



Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan raja, dok asyik kira daulat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Woi melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Lupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah menteri atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!

Woii melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar

Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....

Lu pikir la sendiri
—————————————————————

Komen:
Puisi di atas bukan milik pemilik blog ini.
Ia menjadi popular di kala terbit di saat pilihanraya Parlimen Teluk Intan.
Atau ia sekadar andaian semata-mata tatkala ia keluar semasa kehangatan pilihanraya, kerana lantang bicaranya tika suasana kini.

Aku pun terfikir, teruk sangat ke Melayu kita ini? Apa imej yang dunia nampak bila disebut Melayu?

Pakcik Google nampak lain:

image search: Melayu
[Unable to show the picture here due to obscene image]

Ubahlah imej jijik itu dari dunia maya,
Meski ia bukan gambaran dunia sebenar kita,
Namun jika itu yang dilihat oleh manusia ketika cuba mengenali Bangsa Melayu ini,
Akupun segan untuk mengiakan bangsaku sendiri.

No comments:

Post a Comment