Karya sasterawan negara dalam menyampaikan kerisauan dalam hati nuraninya sepanjang dilihat beliau pada kacamata seorang rakyat.
Dua puisi yang saya nyatakan di sini, menyentuh kalbu buat rakyat marhaen berfikir memilih halatuju masing-masing
1) Suara Dari Dinding Dewan
Oleh: A. Samad Said
Dewan Sastera, Julai 1997
Bahasamu suara resah dan batin rimba
berkali diyakinkan wira bangsa.
Kebingungan empat dekad merdeka.
gunung-ganang ilmu tak terlidah bangsamu,
dikata yakin wira bangsa.
Lalu terkuak gerbang pustaka, bahasaku
menjadi pengembara turun melata ke lurah
garang sesekali hanya demi pilihan raya.
Kalau ditanya pintu dan jendela,lantai, genting dan anak tangga
(kalau takhta bahasa itu masih ada);
kalau jujur dihujah sejarah dengan warkah
dan watikah (kalau sejarah benar ada,
juga masih dipercaya); pintu dan jendela,
lantai dan genting, juga anak tangga,
tetap juga bersepi, termengah,
meniup bara menjadi api mimpi
kerlip kebingungan empat dekad ini.
(detak nafas yang tak wajar kalah)
bahasa itu ada dalam dewan ini-
Tulen. Letih. Genting.
Bahasa itu akan terus berkata
tentang lara dan luka bangsa.
Luka itu ada dalam dewan ini-
Ikhlas. Pedih. Gering.
Aku nelayan mengetuk dinding dewanterdengar geletar suara bahasa terseksa,
terjerit sama kealpaan purba.
Tapi, benarkan sesekali aku berduka,
kau tahu, kau kenal-
nelayan yang terlalu mengasihi bangsa-
benarkan ia sengsara demi bahasa.
merundingi ular dan katak,
badak dan biawak;
jika dia kembali menyelongkar gua
mentafsir khazanah Hang Tuah.
Juga jangan tersentak jika yang
tersua hanya himpunan tulang wira
bersuara tak berbahasa,
berbahasa tak bertakhta.
Dan jika lampu tersorot, pentasterbuka, dan pemimpin tulen tiba-tiba
tiada, jangan dimarah jika aku
merujuk semula kepada ular dan katak,
kepada badak dan biawak-
suara warga resah dari belantara bahasa.
bukit gondol, mengkarung lelah,
elang sugul. Dan ketika wira tiba
-pagi jerih, malam letih-
bahasa hanya layar yang rabak
atau kelambu yang terlalu hapak. Dan
di sisi gelang kaki
(ketika hiasan)
di bawah tudung saji
(ketika santapan)
bahasa-gambus retak, juga nasi kerak.
Bahasa wajarnya mahligai raja, hikayatrahsia, suara setinggan, tengkar calon,
saham anugerah dan dana menteri.
Bahasa selalunya impian awal, khayalan akhir.
Sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang.
Nelayan yang terlalu mengasihi bahasa
kini benar-benar kara digugah samudera.
nelayan kehilangan peta kata-
dalam dingin dan kencang angin
bendera yang dijulang
jika masih di tiang
ia kuncup ia bimbang.
jika masih di kepala
ia basah ia resah.
Bahasa masih impian awal, khayalan akhir,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang.
Mungkin ini mimpi juga
di atas saham mewah
di tengah ladang golfa-
wabah keharuan dekad merdeka.
Suara dari dinding dewansayup, tapi nyata.
ke gerimis kata-suara itu silap mata:
Kita tanam tunggul
mercup keris, berubah menjadi ular,
berkisar menjadi istana, beransur
menjadi buaya, bergegas menjadi
biawak, terjelir menjadi lidah,
dan sedetik menjadi wira.
Sedetik saja.
Dan oleh sumpah silap mata:Wira kembali menjadi lidah,
terjelma biawak, teriras buaya,
terbangun istana, terjalar ular,
terhunus keris sebelum menjadi
tunggul semula.
Suara dari dinding dewan
sayup, tapi nyata.
lalu, aku ragu dan aku malu,
watikah rasmi dari luar
disokong badai jampi liar.
Lidah yang diluhuri maruahdikelar sendiri, mengapa?
Kerana kita membeli harta
dengan seni dan bahasa?
Atau kita membeli ilmu
yang hanya mencerna harta?
untuk menghadami siasah-
laju kaki dari roda
lebat saham dari hikmah.
Mungkin ini hanya mimpi.
Kita akan menjadi pengembara
bahasa jati penghalaunya.
Benarkan sesekali aku berdukanelayan yang terlalu mengasihi bangsa,
benarkan lukanya didera samudera.
Dan usah mencarinya
sebelum dan sesudah pilihan raya-
ia telah tergelongsor jauh ke lurah
jaring kebingungan tenat bahasa.
anak cucu wajar menduga
mereka khusyuk atas sejadah
depan al-Quran mereka bertanya:
Buah ranum pada tangkai
bahasa gugur dari hati-
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?2) Suara Dari Dinding Madrasah
Oleh: A. Samad Said
Dewan Bahasa & Pustaka, Februari 2003
Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.
Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.
Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?
No comments:
Post a Comment