Tuesday, May 1, 2012

[BM] Metodologi Belajar


Suka betul bila melihat karya kawan aku ini (Syed Hazran) sehingga aku selalu tertunggu-tunggu bila ia akan keluar untuk aku baca. Karyanya kali ini berkisarkan teknik-teknik belajar semasa zaman kami di bangku sekolah menengah dahulu untuk menghadapi PMR 2003.
Ada kalanya cara-cara ini dilihat hanya sesuai dilaksanakan di waktu persekolahan sahaja, tapi pada aku, sebahagian daripada teknik yang dinyatakan di dalam komik ini jugalah yang melahirkan pelbagai graduan universiti yang cemerlang dalam bidang masing-masing
Lain orang lain cara mereka, asalkan cara itu bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Ada yang suka menghafal bulat-bulat, ada yang buat 'pneumonics' & 'games', ada yang suka dengar orang lain terangkan, ada yang cepat faham dengan menerangkan pada yang lain
Untuk mengelakkan rasa hambar dalam belajar, sebaiknya pelajar itu bertukar-tukar teknik dari semasa ke semasa untuk memperbaharui kemampuan diri dalam pelajaran.
Kapasiti minda seorang manusia itu berubah dengan keadaan sekelilingnya, dan itulah yang membezakan diri mereka dengan haiwan (dan juga robot). 
Kita cuba sahaja kaedah-kaedah yang kawan-kawan kita pernah buat kerana "Trial & Error" diamalkan dalam kaedah saintifik itu sendiri menghasilkan natijah yang pelbagai.
Bezanya kita tidak ada suatu "kuantiti yang dimalarkan" (fixed variables) kerana perancangan itu dari kita, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

No comments:

Post a Comment