Thursday, January 16, 2020

[BM] Preskripsi Nasihat Elakkan Viral Tanpa Akal

Sentiasa mendoakan diri kita ini jadi mukminin & mukminat yg mengamal AlQuran & AsSunnah dalam kehidupan seharian. 

Bagaimana nak jadi MUKMIN kalau jadi pembohong.

Sesiapa yang sebarkan berita palsu dia digelar PEMBOHONG. 

Apakah tindakan kita jika kita terima apa-apa berita dari sesiapa?

Dianjurkan dalam Al Quran supaya minta selidik dulu sebelum sebar. Ini dijelaskan dalam Surah AlHujrat; ayat 6. 

Viral punyalah teruk sampai panik semua orang, sedangkan doktor & ketua jururawat yg menjaga perihal pesakit pun tak dapat maklumat pengesahan kematian kes disebabkan influenza.

Nak tunjukkan apa sangat sampai viral benda yang tak pasti ini?

Elak sebar & memandai-mandai tentang perkara yang tak pasti. Allah dah ajar kita dalam - Surah Al-Hujrat: Ayat 1 dan juga - Surah Al-Hujrat: Ayat 12. 

Punyalah penat hari-hari ambil report dari ed/klinik pesakit luar, wad & mortuary, kami tak tahu menahu kesahihan punca kematian, ada pula makhluk Allah ni bagi statement awal kes mati sebab Influenza.

Kau SCAN ke SCAM? 

Habis tu? Nak buat apa?

Tanyalah Ahlinya sebab golongan ini lebih mengetahui. Ini yang dianjurkan dalam Islam. Baca Surah An-Nahl; Ayat 43. Bila dah tanya, kalau perkara itu masih dalam siasatan, tunggu kenyataan/ arahan pihak berautoriti/ berkuasa (juga dianjurkan AlQuran -Surah An-Nisa: Ayat 59)

Nak pulun jadi jaguh viral buat apa?

Alasan kau kata nak tunggu mati baru nak viral pun dangkal dek. 

Sebab jelas MATI itu PASTI!! 

Cuba bayangkan kalau sekarang juga matinya penular berita. Mati dia dengan membawa dosa viral & share berangkai-rangkai. Tahu kesannya?!

Dosa menyebabkan orang panik
Dosa tertindasnya para doktor & jururawat menghadapi histeria berita ini
Dosa panik yang kau bawa, melambakkan pesakit yang tidak kritikal ke hospital/klinik kerajaan/swasta sehingga orang yg WAJIB segera dpt rawatan tertangguh sebab beratur panjang. 

Dan puncanya sebab panik yang kau sebarkan itu. Dosa itu kau bawa mati. 

Oleh sebab itu manusia ini kalau fikir pakai akal semata-mata, memang JAHIL. Orang Melayu bahasakan BODOH. Allah beri petunjuk dgn ayat Al Quran dan wahyukan Rasulullah sebagai ikutan. 

Viral benda yang menakut-nakutkan orang ni DOSA. Tidak seiring sejalan dengan ajaran Islam. 

Rasulullah SAW bersabda,

 لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا 

“Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti muslim yang lain.” (Sahih Sunan Abi Dawud)

TAK HALAL maksudnya itu HARAM la!! Dah HARAM dah tentulah DOSA!!

Kau rasa?

Dah tak nak ikut AlQuran?
Dah tak nak ikut Alhadiths?

 وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit KETAKUTAN, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Surah Al Baqarah: ayat 155)



Sekian,
Preskripsi Nasihat dari seorang doktor yang menjaga orang awam yang mengalami histeria panik dek viral hampas.

No comments:

Post a Comment