Gagasan 1Malaysia - Kesinambungan Bina Negara-Bangsa by Mohd Ayop Abd Razid
My rating: 1 of 5 stars
Saya mengharapkan buku ini pada awalnya menerangkan konsep bawaan DS Najib Razak dalam pentadbiran beliau terajui. Namun sayangnya, buku hasil himpunan penulisan dalam ruangan akhbar secara berkala sekadar mengangkat-angkat segala gerak langkah PM ke6 itu.
Ada sebahagian tulisan Ayop Abd Razid di sini boleh diklasifikasikan sebagai teguran, namun apabila kembali cerita seputar tindakan PM dalam pelaksanaan transformasi beliau, ianya dinilai terus sebagai satu kejayaan tanpa prospek penuh semua sudut nilai baik mahupun buruk.
Bukanlah salah penulis dalam penyampai beliau ini, kerana beliau sekadar mengulas hal semasa dengan mendukung aspirasi PM baru ketika itu ditabalkan amanah tersebut.
Dalam menyanjungi slogan 1Malaysia, tidak boleh dilupakan peranan rakyat melayu majoriti dan parti kuasaan elit melayu UMNO yang hasilnya disusun dibahagian akhir terbitan ini dilihat sebagai fokus asal agenda asal penubuhan gagasan tersebut.
Sayangnya penulisan ini sekadar dilihat dari pandangan penyanjung tegar dan bukan pemikir kritis yang seharusnya sama menjadi acuan pembentukan aspirasi 1Malaysia itu.
View all my reviews
No comments:
Post a Comment