Sunday, November 22, 2009

[BM] Sedekah

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah
www.iLuvislam.com
Dihantar Oleh: Zaroul Iswan
Karya: Harzimi Ibrahim
Editor: b_b


Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah SWT". Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.


Semenjak dari peristiwa itu maka Allah SWT pun mengubah kehidupan orang kaya tersebut dengan menarik kembali harta kekayaannya sehinnga menjadi seorang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang hina. Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah.

Pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu daripada rumah tersebut. Ibu tersebut amat kagum dengan kecantikkan gadis tersebut lalu memperlawanya masuk kedalam rumahnya. Oleh kerana kagum dengan kecantikkannya, si ibu berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Setelah selesai perkahwinan, si ibu memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.





Pada suatu malam, semasa waktu makan malam, gadis tersebut makan bersama suaminya. Oleh kerana kudung yang tidak diketahui si suami kerana ibunya merahsiakannya si gadis tersebut makan menggunakan tangan kiri. Apabila si suami melihat keadaan isterinya itu, maka disuruhnya gadis tersebut makan dengan tangan kanan. Si isteri tetap makan dengan tangan kiri meski suaminya berulang-ulang kali menyuruh menggunakan tangan kanan. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu "Keluarkanlah tangan kananmu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas keranaKu, maka tiada halangan bagiKu untuk mengembalikan kembali tanganmu itu." Setelah gadis itu mendengar, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya berada dalam keadaan asal.

Hendaklah kita menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin. Apabila dia datang kerumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku, dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah SWT".

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya tetamu itu apabila datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat"



No comments:

Post a Comment