Saturday, June 13, 2009

[BM] Hanya Sementara

Kejayaanmu, rezekimu, kesejahteraanmu, merupakan berkat doa Ibu Bapamu yang tidak putus-putus dipohon kepada Yang Maha Memberi. Andai ianya ditarik jaminan itu, engkau hanya tinggal kosong sekiranya bukan engkau yang mencari jaminan itu.


Dengan berkat pohonan doa Ibu Bapamu itu engkau naik dengan selamat, meskipun engkau sedar yang engkau tidak bangun berusaha bersungguh-sungguh, malah sedar yang engkau tidak layak menerima semuanya. Ingatlah bahawa engkau hanya menunggu kesan tanpa menimbulkan punca.

Sedarlah,
kejayaanmu, rezekimu, kesejahteraanmu itu masih terjamin selagi masih ada orang yang makbul doanya menadah tangan memohon pada Maha Esa. Apa pula pulangan kepada harapan yang mereka inginkan itu? Adakah ianya betul-betul layak dengan hasil usahamu yang tidak seberapa itu?

Ya benar semuanya dari ALLAH SWT, namun adakah kekal lama hadiah pemberian itu jika tidak diusahakan untuk diperolehinya?

Wahai teman aku berpesan untuk beringat,
Jangan hanya reti menanti pingat,
Hanya dengan usaha yang tidak berkeringat,
Usaha itu suatu nikmat,
Baharulah hasilnya juga dipanggil rahmat.

No comments:

Post a Comment