Saturday, July 19, 2008

[BM/ Eng] Penantian Satu Penyiksaan

Alhamdulillah, syukran lillah.. Aku najah dalam imtihan kali ni dengan jayyid jiddan. Penantian 10pm(17hb)-2am(18hb) memang berbaloi.

Hmm, sum up for the whole event happened between 1st- 18th July (jangan tanya kenapa tarikh ni je):

1/7: Perlantikan unit teknikal untuk Summer Festival 11hb nanti

2/7: Enjoy bersama ahli bait(Abg Najib, Ust Din, Abg Peron, Chen & Me)
-> Bowling kat CIC + Hadraul Maut = LE100


5/7: Mesyuarat Summer Festival 8.30pm, rumah aku.. Percubaan bebola daging kuah dahl berjaya, sorry pedas

6/7:
Pergi Cairo nak settlekan Kad ABC (yang menyusahkan), nak amik pin code je pon. . Then, lepak kat rumah syahir malamnya, sebab esok nak bertolak ke Sharm El-Syeikh beramai-ramai (Faiz<- tok dalang, Chen, Syahir, Shafiq, Naufal, Aqli, Firdaus & aku).

Malam tu kitorang support makan malam kat rumah syahir (aku jadi 'bendahari' la pulak kutip duit) [Memang satu rehlah yang banyak consume duit aku.. Jumlah yang aku guna sahaja LE600 + LE200 duit dalam wallet aku hilang. Hilang? Aah, hilang, sekali dengan duit budak-budak yang lain LE243.. Tapi apa kaitan dengan duit budak-budak lain ni? Ikut je kronologi ni]

7/7: Bertolak dari rumah syahir dengan 2 kereta (Ust Mat orang Thailand untuk jadi mushrif kat sana), Gerak pukul 7am.. Dalam perjalanan (kiri kanan padang pasir, so, memang boring r), kitorang lalu Terusan Suez (terowong bawah tanah), singgah عيون موسى (Air Mata Air Musa) & Hamam Firaun (kat kawasan 'Belahan Laut Merah').. Panorama bukit marmar kitorang nampak pun lepas lalu hamam Firaun, yang lain semua sahrawy (apa yang aku harapkan dari negara yang 60% padang tandus?).

Sepanjang perjalanan tu hiburan hanya lagu arab various artis yang Ust Mat pasang.. Aku kenal macam-macam lagu pulak sepanjang ikut dengan dia. Kitorang sampai kat Sharm El-Syeikh dalam tengahari r. Kitorang ambik masa jugak la nak cari tempat tinggal yang murah, kat sini kalau nak sewa rumah, sekurang-kurangnya 1 bulan dengan harga LE2000 (nak mampus?!), mahal pulak tu. Alternatifnya kitorang cari dorm بيوت الشباب , seorang LE134.75 untuk 3 malam. Sekali lagi tugas bendahari (oit, tak kata pun yang ni kena aku gak kutip).

Kitorang dapat 3 bilik : Syahir-aku-Shafiq, Chen-Faiz-Firdaus, Aqli-Nofal-Sorang lagi ust yang bawa kitorang, Ust Mat masuk bilik lain (dia kena kongsi dengan arab). Petang rehat lagi (penat r duduk dalam kereta even though not doing anything), Schedule malam ni 9pm-2am di Naema Bay خليق نعمة .. Memang kawasan perlancongan r. Harga semua khusus untuk orang foreigner (minimum nilai USD1=LE5), kalau tak reti cakap arab, memang confirm la tak dapat diskaun (bahasa arab sebagai asbab diskaun, hebat kan?).

Memang malam ni malam kitorang la, sebab ust thailand tu "tinggalkan" kitorang kat situ untuk jalan-jalan. Nak buat apa pun tak tau, bergambar je la (macam-macam port bergambar ada).

8/7: Peluang bermandi manda mana boleh dilepaskan. Pergi balik kat Naema Bay. Kat sini area pelancong yang duduk kat hotel berdekatan. Aktiviti kitorang kat sana; Glass Boat, snorkling (sewa je, pastu cari ikan sendiri), ada yang naik banana boat (shafiq-chen-faiz-naufal).

Mandi sampai petang, punya la seronok sampai tak sedar kaki boleh luka (lagi?!) Malamnya pula pergi سوق قديم; untuk dinner-> firakh + wajibat = puas hati (baru LE18). Then, ronda-ronda sekitar سوق . Kalau tak silap ada event yang best kat area tu, tapi sebab kitorang berpecah, ada yang tersesat ter'join', yang lain sebab ikut jalan besar, tak perasan ada event tu

9/7: (Hari kenangan untuk aku)

Bertolak pergi pantai pukul 9am. Pantai terpencil, kawasan ni kira bahaya jugak la sebab pantai>batu-batu tajam(mandi pakai selipas)>laut dalam.. Biasanya area ni guna untuk snorkling, kitorang tak kisah, asalkan tak payah bayar, on je. Kitorang enjoy mandi sampai tengahari..

Now comes the best part, lepas sampai kat dorm, baru aku perasan wallet aku cicir.. Dah menyusahkan Ust Mat untuk bawak aku pergi kat pantai tu. Punya nak puaskan hati, siap pergi 2x.. Ust tu pun jenis tak kisah.. Huhu, padan muka aku, kena kafarah

Petangnya, kitorang gi Litar Go Kart.. Aku & Syahir tak main.. Duit punya pasal.. Ikut hati nak je aku main (ade je spare lagi), takut lari bajet (dah lama dah).. Huh, bengkek je tengok dorang main, 15 lap = LE125.. Ada 1 benda pelik jadi kat aku, aku jadi loya petang tu tetiba (bukan aku yang pusing-pusing sampai 15 lap pon)..

Lepas main Go Kart, singgah pulak kat 1001 Night الف ليلا وليلا.. Pengambaran bermula, bergambar je pun. Then our third stop again at Naema Bay. Sama juga event dia, bergambar.. Aku belum lagi minat nak amik gambar sendiri (self-potrait), kalau join pun sebab ramai-ramai amik,

10/7:
Perjalanan balik Cairo.. Sempat singgah Panorama Israel (sebelum cross balik Terusan Suez). Sampai Cairo pukul 1.30pm, then terus ZQ. Tugas aku sebagai unit teknikal belum selesai, nak tak nak kena ada kat ZQ malam ni jugak.

Kononnya, nak settlekan terus, tapi, sebab rombongan Matruh & Siwa baru balik malam tu, so, niat tak kesampaian.. Kitorang (me-hanif-abg pejal) sembang je la.. Sambil-sambil tu, muncul pulak Ust Mumtaz; tanya pasal 1st year medic yang nak datang nanti (brief je pon)

11/7:
Persiapan akhir teknikal, selepas solat jumaat.. Mintak tolong Ust Hirzi pasal wiring lampu kat Sutuh (nampak gayanya semua dia yang buat, thanks)

Tonight is the night, malam perasmian Festival ZQ

12-14hb
-Menyibukkan diri mengambil gambar orang lain ^_^ [sayang r, program kali ni, ceramah/talkshow aku tak banyak ikut dengar.. siapa suruh lari]
-Naufal balik dengan budak sabah (13hb 9am), kitorang teman hantar kat airport
-Abduh balik, sorry tak dapat hantar sampai airport untuk kali ni
-Join indoor games
-Rawatan Tradisional (gurah & refleksi)

[malam terakhir aku habiskan masa dengan mencabut wayar.. Hirzi pasang, aku cabut, adil kan(bukan ke cabut lagi senang ke)? Sambil-sambil mengemas, sempat juga bersembang lagi dengan Ust Mumtaz tentang perkembangan student medic 1st year (Agen oh Agen)..

16/7:
Hari ni pergi lagi (tiap-tiap hari) nak tengok result dah keluar ke belum. Pada asalnya, tak takut pun, tapi, bila makin lama, makin lambat nak keluar, start la fikir benda bukan-bukan. Nak hilangkan rasa cuak ni kitorang pergi jalan-jalan ke Mansurah (Abg Najib, Ust Din, Shafiq, Firdaus, Chen & me), membeli jubah. Bawak pulak mushrif yang memang asal Mansurah, memang senang la, dia tau tempat, dia tau harga.. Dinner kitorang bantai seafood (fawakeh bahria فواكح بحر + nasi udang الارز جمبري. Memang Mumtaz r dinner tu. Balik rumah pukul 2am

17/7:
Nak tak nak, hari ni mesti juga tengok result (tarikh nak balik dah dekat, hope urusan terjemah boleh siap sebelum balik). Sepatutnya result dah keluar paling lewat pun 2 minggu lepas exam. Kali ni lambat sangat (budak-budak arab yang kata camtu). Nekad punya pasal, kitorang (Syamsul, Firdaus, Chen, Me) sanggup tunggu nak mintak kebenaran tengok result kat "control". Ntah macam mana Syam sembang dengan pakcik control tu, dia suruh datang malam ni pukul 10. Manusia berpegang pada janji, kitorang muncul gak malam tu (bilik control tu je yang menyala kat bangunan syuun thalabah tu)

Rupanya dean pun ada sekali, dia kata dia akan siapkan senarai nama natijah exam tu malam tu jugak, siap tanya kitorang punya no giliran, dia nak check tengok (masa tu dia cuma kata kitorang lulus, gred tak tau lagi). Sementara tunggu, kitorang, ada pakcik kat office (jaga hal lain kot, bukan jaga control) hidang rossel sorang segelas. Sembang sikit-sikit dengan dia (mula-mulanya senyap je, dia tak cakap, kitorang tak cakap). Pukul 2am, senarai nama yang siap cetak dah keluar.


KESIMPULAN: AKU BOLEH BALIK DENGAN TENANG TAHUN NI ^_^

No comments:

Post a Comment