Wednesday, October 31, 2007

[BM] Muhasabah Diri

Buruk Sangka

1) Bila dengar je cerita dari mulut orang lain, dah boleh mempengaruhi persepsi seseorang yang kita nampak baik (bagi aku, lagi elok kita tak tahu keburukan seseorang tu, sebab itu keaiban dia, takut nanti aib sendiri pulak terdedah). Tapi sejauh mana pulak kebenaran sesuatu cerita tu.


2) Orang yang aku kenal tu nampak baik pada semua orang & pada aku sendiri (pada mulanya). Namun, (in my own view) dah nampak sebaliknya. Dengan cukup meyakinkan orang lain, dia dapat menunjukkan dia tu amatlah baik/ cukup bagus untuk disanjung. Namun, (ini yang aku takut bila dah terlalu kenal dengan seseorang) ia mendatangkan pula ketidakselesaan pada diri aku pula. Bukan kerana aku iri hati, tapi sebab aku mengetahui.


Ya Allah, Engkau telah tunjukkan aib seseorang tu, tapi janganlah engkau tunjukkan aibku, selagi aku tidak membuka aibnya
Aku mengingatkan diri aku sentiasa supaya tak membuka pekung seseorang kerana Allah akan balas balik. Contoh yang terdekat ialah orang yang aku maksudkan di atas. Dia sering menceritakan keburukan seseorang dalam masa yang sama, dia berpura-pura baik di depan. Akibatnya, jelas keburukan dia pula Allah tunjuk pada orang lain.

Ya Allah, berikan kekuatan aku untuk menasihati dia
3) Diri ni bukan sempurna sangat sehingga layak menghukum seseorang itu baik mahupun jahat tanpa mengenali hati budi seseorang. Hakikat buruk sangka tetap ada dengan bisikan syaitan ke hati juga dari syaitan bertopengkan manusia

4) Buruk sangka salah, baik sangka pun masalah.

Senyap Bersendiri

1) Terasa diasingkan @ sendiri mengasingkan.

2) Kurang bergaul dengan orang lain. Masalah komunikasi @ sombong? Aku dah mula gagap/ tunggang terbalik bila bercakap. Lebih baik diam. Is it because of being silent mean that I'm sombong? Sebab setiap kali kalau aku bercakap, mesti ada ayat yang mengutuk (merendah-rendahkan) seseorang, jadi lebih baik diam

3) Perbezaan fikrah, ukhwah tergadai. Mengasingkan diri sementara kerana sedikit perbezaan pendapat, kerana aku tahu jika aku masih berada dalam kumpulan tersebut ia menyebabkan lagi perpecahan. Juga lebih baik aku diam.

4) Privacy? Semua orang mempunyai hak untuk mendapatkannya. Tapi wajarkah jika tidak bertegur sapa?

Tinggi Suara, Maksudnya?

1) Marah @ menegur?

2) "Ko cakap dengan budak tadi macam marah je", " Woo, releks-releks, jangan marah-marah!" Aku masih tak dapat bezakan tone suara aku.

3) Menegur orang dengan berhikmah, bukan dengan kekasaran. Latih bercakap dengan lembut supaya orang lain tak salah sangka. "Kenapa buat macam ini?" Ayat ni boleh diinterpretasi dengan pelbagai antonasi : marah, manja, sedih, gurau dll



No comments:

Post a Comment