Tuesday, May 31, 2016

[BM] Mimpi Hati

Alahai hati,
Kala dikau dihimpit pilu,
Umpama kaca retak seribu,
Berkecai derai bertaburan,
Entah kemana sebak ditahan,
Reput berkarat dek nestapa,
Semput pesek terluka,
Entah kenapa sukar dipendam,
Dek picisan nista tertanam,
Isimu berdarah mengalir deras,
Hampamu tidak kenali puas.

Jauh berlayar dilaut gelora,
Impi ketemu tanah pusara,
Kabur ia dek kabus maya,
Asyik mengejar mencari kaya,
Itu sahaja jelas di mata,
Tatkala gerhana sedang bertakhta,
Ulung megah bersilat tari,
Yakin konon gentak dihati,
Apa yang tersuya debu puaka,
Nampak jauh kilau bercahya,
Genggam terhancur terbanglah ia.

Kau serukan lagu kemesraan,
Apatah lagi pinang sentuhan,
Usahkan ia pengubat alpa,
Penangan dari lara nestapa,
Itu hanya harapan nista,
Nakkan bebas dari airmata,
Tetapi tenggelam dilautan dalam,
Asyik diulit mimpi yang kelam.

No comments:

Post a Comment